Thursday 20 November 2014

Israel roboh kediaman penyerang Palestin


REUTERS - SEORANG budak lelaki Palestin berdiri di atas runtuhan kediaman Abdelrahman yang dimusnahkan pasukan keselamatan Israel di Baitulmuqaddis Timur semalam.


BAITULMUQADDIS – Pasukan keselamatan Israel semalam memusnahkan kediaman milik seorang lelaki Palestin yang membunuh dua penduduk Yahudi selepas merempuh mangsa dengan sebuah kereta di sini pada bulan lalu.
“Kediaman pengganas yang membunuh seorang wanita muda dan bayi Israel di sebuah stesen trem di sini pada 22 Oktober lalu telah dimusnahkan di Silwan,” kata tentera Israel dalam satu kenyataan.
Kediaman yang dimusnahkan itu milik Abdelrahman Shaludi. Dia ditembak mati oleh polis Israel ketika cuba melarikan diri dalam insiden tersebut.
Tindakan meranapkan kediaman itu dibuat selepas dua lelaki Palestin yang bersenjatakan pisau pemotong api dan pistol mengamuk sebelum menyerang penduduk Yahudi di sebuah rumah ibadat di sini kelmarin.
Seramai lima orang mati dalam kejadian itu yang merupakan antara serangan paling berdarah di kota ini sejak beberapa tahun lalu.
Terdahulu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berjanji akan bertindak keras terhadap mereka yang bertanggungjawab melakukan serangan itu.
“Petang ini (semalam) saya mengarahkan supaya kediaman penduduk Palestin yang melakukan serangan ganas itu di Baitulmuqaddis Timur di sini dimusnahkan dan menyegerakan tindakan meranapkan rumah penduduk Palestin yang melakukan beberapa serangan sebelum ini. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1120&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3JYQymSzm 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment