Anak saudara Abdel-Rahman Shaloudi mempamerkan gambar Abdel-Rahman yang didakwa merempuh sehingga mati dua penduduk Yahudi pada Oktober lalu. – AFP
BAITULMAQDIS 19 Nov – Pasukan keselamatan Israel, hari ini bertindak meletupkan rumah seorang penduduk Palestin yang didakwa melakukan tindakan merempuh dua orang penduduk Yahudi dengan sebuah kereta di hentian tram di sini, sehari selepas dua anggota militan membunuh empat orang rabai dan seorang anggota polis di sebuah rumah ibadat Yahudi di bandar ini, pada Oktober lalu.
Rumah penduduk Palestin berkenaan, Abdel-Rahman Shaloudi, 21, diletupkan pada awal pagi ini, kata polis dan tentera.
Dalam kejadian pada 22 Oktober lalu, Abdel-Rahman yang menetap di Baitulmaqdis Timur ditembak mati oleh polis ketika cuba melarikan diri dengan menyusup antara penumpang di sebuah hentian kereta api ringan selepas merempuh dengan keretanya sehingga mati seorang bayi warga Amerika Syarikat berusia tiga bulan dan seorang pelancong dari Ecuador berusia 22 tahun terbunuh bangsa Yahudi, manakala tujuh orang lagi cedera.
Rumah Shaloudi di Silwan, Baitulmaqdis Timur telah menjadi tapak konfrantasi ekoran kejadian itu yang disifatkan oleh keluarganya merupakan satu kemalangan jalan raya.
Keganasan di Baitulmaqdis dan kawasan-kawasan lain di Israel dan wilayah Palestin yang diduduki Israel semakin memuncak sejak Julai lalu apabila seorang remaja Palestin dibakar hingga mati oleh penduduk Yahudi. – Reuters
No comments:
Post a Comment