Pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata ke arah kumpulan penunjuk perasaan di Hebron, Tebing Barat. |
BAITULMAQDIS - Tentera rejim Zionis bertindak menyerang penduduk Palestin di Baitulmaqdis Timur, sekali gus meningkatkan lagi ketegangan di wilayah itu.
Pertempuran ganas tercetus antara penduduk Palestin dan pihak berkuasa Israel di pusat pemeriksaan berhampiran kem pelarian Shuafat selepas tentera rejim Zionis melepaskan gas pemedih mata ke arah mereka.
Dalam kejadian berasingan di Silwan, tentera Israel didakwa merobohkan rumah keluarga penduduk Palestin yang didakwa melanggar pejalan kaki di Baitulmaqdis pada 22 Oktober lalu.
Pihak berkuasa juga cuba untuk membuat tindakan sama ke atas rumah penduduk Palestin di kawasan kejiranan Jabal al-Mukaber.
Difahamkan menurut Press TV, Israel membuat tindakan melulu itu sebagai respons terhadap kematian lima individu di barat Baitulmaqdis, kelmarin.

No comments:
Post a Comment