Thursday 28 November 2013

24 days in darkness without electricity,

24 days in darkness without electricity, this is #Gaza

{Israel is a War Criminal}

palestin

Dengan ini para petugas Aman Palestin dan sukarelawannya mengucapkan takziah dan doa kepada Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh dan anaknya Abdul Salam Haniyeh, di atas kematian satu-satunya cucu perempuan beliau(gambar) yang merupakan anak perempuan kepada anak beliau Abdul Salam Haniyeh.

Semoga Allah memberi ganjaran di atas kesabaran dan ketabahan anda wahai sang pejuang. Abu Abid; Ismail Haniyeh.

Grafiti jadi medium suara

Grafiti jadi medium suaraGrafiti menjadi medium untuk menzahirkan kebencian penduduk Palestin terhadap kekejaman Israel.

 RAMALLAH -  PALESTIN. Seni lukisan jalanan, grafiti terus menjadi salah satu medium utama untuk penduduk Palestin menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap penindasan rejim Zionis.

Aktivis tempatan, Muhannad berkata, perkembangan dunia teknologi telah menyebabkan kebanyakan golongan pemuda memilih grafiti sebagai cara untuk menzahirkan kebencian mereka terhadap kekejaman Israel.

"Selain itu, mereka turut menggunakan seni jalanan tersebut sebagai medium untuk menyatakan kekecewaan terhadap peranan Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang didakwa gagal membela nasib penduduk Palestin," jelasnya lagi.

Sementara itu, laporan dipetik dari Al-Jazeera, artis Ayed Arafah berpendapat grafiti kini mewakili suara majoriti masyarakat Palestin.

"Kebanyakan penduduk Palestin terpaksa berjuang untuk hidup walaupun ada pihak lain (PA) dapat menikmati kehidupan lebih selesa," katanya.

Tiga pejuang Palestin maut ditembak Israel


TEBING BARAT 27 Nov.- Pasukan keselamatan Israel menembak mati tiga pejuang Palestin selepas cuba menahan mereka berhampiran bandar Hebron di Tebing Barat di sini semalam.
Menurut kenyataan agensi keselamatan Israel, Shin Bet, dua daripada anggota pejuang itu, ditembak mati selepas didakwa berbalas tembakan dengan anggota keselamatan Yahudi ketika mahu ditahan.
Seorang lagi mangsa pula terkorban dalam satu insiden berbalas tembakan berasingan, juga dengan pasukan keselamatan Israel.
Menurut laporan AFP pula, tentera Israel mengepung lokasi kejadian dan berbalas tembakan dengan ketiga-tiga pejuang Palestin yang ketika itu berada di dalam sebuah kereta.
Penduduk tempatan menamakan tiga pejuang yang maut itu sebagai Moussa Abdelmajid Fanasheh dari Yatta, Mahmud Khaled Najjar dari bandar Dura dan Mohamed Neirukh dari Hebron yang masing-masing merupakan pelajar berusia lingkungan 20-an.
Dalam pada itu, tentera Israel memberitahu mereka telah menemukan dua pucuk pistol dan beberapa bahan letupan di dalam kereta berkenaan.
Sementara itu, bahagian Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pejabat PBB menyatakan, kematian tiga lagi pejuang itu menjadikan jumlah rakyat Palestin yang dibunuh oleh tentera Israel di Tebing Barat dan Gaza pada tahun ini meningkat kepada 24 orang. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131128/lu_06/Tiga-pejuang-Palestin-maut-ditembak-Israel#ixzz2lvFUrdZ9
© Utusan Melayu (M) Bhd