Menurut laporan akhbar Sepanyol, El Pais, usul tersebut merupakan usaha Parti Sosialis Pekerja Sepanyol dalam menggesa kerajaan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.
Usaha itu percaya kewujudan negara Palestin dan Israel boleh dicapai melalui dialog dan run­dingan yang akan menjamin keamanan dan keselamatan, menghormati hak asasi manusia dan kestabilan di rantau itu.
Sweden merupakan negara pertama secara rasmi mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.
Parlimen Britain dan Ireland turut meluluskan usul simbolik mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara namun ia tidak mempengaruhi dasar negara tersebut terhadap isu Palestin.
Cadangan pengiktirafan Pa­lestin oleh Sepanyol pertama kali dilaporkan pada 17 Oktober lalu selepas Britain meluluskan usul simbolik tersebut.
Pada hujung Oktober lalu, satu petisyen meminta Parlimen Sepanyol untuk pengiktirafan tersebut mendapat 469 sokongan.
Petisyen tersebut diketuai oleh bekas Ketua Pengarah Kementerian Luar, Alon Liel yang berharap pengiktirafan tersebut akan menyambung kembali proses damai antara Palestin dan Israel.