Monday, 30 November 2015

Israel tahan 1,200 kanak-kanak

Israel tahan 1,200 kanak-kanak
Israel telah mengamalkan polisi kempen penahanan di wilayah Palestin menyasarkan individu berusia di bawah 18 tahun.
30 NOVEMBER 2015
Kelmarin, Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan (CPA) menggesa PBB supaya memberi perlindungan kepada penduduk Palestin selepas sekumpulan besar orang awam telah ditahan atas pelbagai kesalahan.
"Kira-kira 7,000 tahanan termasuk 430 budak dan 40 wanita masih berada di dalam penjara hingga kini. Selain itu, jumlah tahanan diletakkan di bawah penahanan pentadbiran telah mencecah 500 orang," menurut kenyataan itu lagi sempena Hari Perpaduan Antarabangsa dengan Penduduk Palestin yang disambut, semalam.
Suruhanjaya PLO tersebut turut meminta PBB supaya menghantar pasukan penyiasat untuk melakukan siasatan terhadap jenayah kemanusiaan yang dilakukan ke atas tahanan. - Press TV

Satu mati, satu tangkap

Baitulmaqdis: Seorang lelaki Palestin menikam polis Israel di Baitulmaqdis semalam sebelum ditembak mati pasukan keselamatan manakala seorang lagi ditahan selepas menikam wanita yang menunggu bas.
Jurucakap polis Luba Samri berkata, dalam kejadian pertama, seorang lelaki Palestin berusia 38 tahun melintas di depan dua anggota polis yang mengawal pintu masuk ke bandar lama Baitulmaqdis sebelum melaungkan ‘Allahu Akbar’ sebelum menikam seorang di tengkuk, menyebabkan lelaki itu cedera.
Bagaimanapun, anggota lain melepaskan tembakan menyebabkan penyerang itu terbunuh.
Beberapa jam kemudian, seorang wanita ditikam pada belakangnya ketika menunggu bas di Baitulmaqdis.
Luba berkata, wanita warga asing itu dikejarkan ke hospital dan polis memburu penyerangnya, seorang remaja yang ditemui bersembunyi di kawasan tapak pembinaan tidak jauh dari situ.
Ketegangan berlaku sejak pertengahan September lalu berikutan ketegangan di Masjid Al-Aqsa.
Sejak itu, 19 orang Israel terbunuh dalam serangan orang Palestin manakala sekurang-kurangnya 97 Palestin pula terbunuh termasuk 62 didakwa Israel sebagai penyerang. Selebihnya maut dalam pertempuran dengan tentera Israel.
Israel mendakwa keganasan berlaku akibat video bersifat hasutan disebarkan di media sosial. Kebanyakan orang Palestin terbabit dalam serangan berusia remaja atau awal 20-an.
Penduduk Palestin bagaimanapun berkata, keganasan berlaku akibat rasa kecewa dengan penjajahan Israel selama lebih setengah abad yang tidak nampak penyudahannya.
Sementara itu, tentera Israel menyerbu stesen radio Palestin di Hebron, semalam, dan merampas peralatan didakwa digunakan untuk menyiarkan propaganda menyerang Israel.
Tentera berkata, stesen radio ‘Dream’ ditutup - kali ketiga tindakan seumpama itu terhadap stesen di Hebron.
Menurut pihak tentera, stesen itu ‘berulang kali menyiarkan perkara yang menggalakkan keganasan dan perbuatan ganas’ terhadap orang Israel.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 November 2015 @ 5:06 AM


POLIS sempadan Israel mengawal bandar lama Baitulmaqdis.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/96682#sthash.XYBLnqmS.dpuf