Tuesday 5 October 2010

Tentera Israel Serbu Penjara Nafkha Dan Serang Tahanan

Imej5 Oktober 2010 - Tebing Barat - Anggota bersenjata unit Nahsyoon bawah naungan pihak berkuasa penjara Israel telah menyerang tahanan di seksyen 14 penjara Nafkha secara mengejut.

Menurut Persatuan Pembebasan Tahanan, anggota bersenjata tersebut telah mendatang malapetaka di dalam seksyen tersebut sebelum menimbunkan tahanan-tahanan di dalam beberapa bilik. Ini menyebabkan keadaan tahanan-tahanan dari seksyen-seksyen yang lain bertukar menjadi tegang.

Persatuan tersebut menganggap perkara ini sebagai satu jenayah berbahaya yang dilakukan secara senyap oleh anggota bersenjata penjara terhadap tahanan.

Persatuan itu menegaskan bahawa tahanan-tahanan di penjara Israel bakal mengistiharkan kebangkitan menentang penindasan yang dilakukan secara berterusan ke atas mereka.

Lebih kurang tujuh ribu tahanan lelaki dan wanita di dalam penjara-penjara Israel yang hidup di dalam keadaan yang amat sulit, sukar dan gaya hidup yang tidak menepati keperluan kemanusiaan.

5 Lagi Diculik

Imej5 Oktober 2010 - Tentera Israel menembak penduduk Palestin di daerah Qalqilya menyebabkan seorang cedera. 
Radio Ibrani berkata, '3 penduduk Palestin tersebut berasal dari daerah Habla bersama rakannya memandu kereta curi cuba melalui halangan sekatan jalan yang dilakukan oleh tentera Israel di Kafr Saba'. Menurut radio tersebut, sekatan tersebut memaksa tiga orang dari mereka keluar dari kereta dan mula melarikan diri dari tempat itu sehingga memaksa tentera Israel melepaskan tembakan di udara dan kemudian menembak kaki salah seorang dari dari mereka mengakibatkan kecederaan. Mangsa yang cedera ditangkap manakala tiga yang lain masih melepaskan diri. Dalam pada itu, tentera Israel menculik lima warga Palestin yang disebut sebagai 'Paling di Kehendaki' dalam serbuan di beberapa tempat di Tebing Barat. Radio tersebut menambah, bahawa tentera Israel meneruskan kempen serangan dan serbuan dari bandar-bandar dan kampung-kampung di Tebing Barat waktu sebelum subuh dan menculik empat warga di bandar Ni'lin, barat Ramallah, dan satu lagi di bandar Jenin. Mereka dibawa pergi ke pusat-pusat tahanan untuk disoal siasat.