Saturday, 20 June 2015

Palestin hantar fail ke ICC

Palestin hantar fail ke ICC
Infrastruktur di Genting Gaza musnah teruk dalam perang Israel tahun lalu.

RAMALLAH - PALESTIN.Pegawai Palestin merancang untuk mengemukakan fail pertama mereka ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk membuka prosiding jenayah terhadap rejim Israel.

Menurut Pegawai Kementerian Luar Palestin, Ammar Hijazi, fail akan dihantar kepada Ketua Pendakwa ICC, Fatou Bensouda, pada 25 Jun, dan akan memberi tumpuan kepada pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh Israel.

Langkah itu adalah sebahagian daripada usaha Palestin menentang rejim Tel Aviv dan jenayah yang telah dilakukan terhadap wilayah Palestin, termasuk semasa perang Genting Gaza tahun lalu.
"Fail ini hanyalah umum dan statistik. Tetapi ia sudah tentu menggambarkan kekejaman dilakukan rejim Zionis dan menjadi sebab mengapa pendakwa perlu memulakan siasatan.

"Pegawai Palestin akan mengemukakan segala butir kejadian tertentu jika Bensouda memutuskan untuk meneruskan dengan pertanyaan," katanya. - AP

Flotila terbaharu siap
sedia belayar ke Gaza


Flotila baharu ke Gaza, Freedom Flotilla Coalition yang akan ke

Flotila baharu ke Gaza, Freedom Flotilla Coalition yang akan ke Gaza pada akhir bulan ini, diharap tidak menerima nasib serupa seperti kapal Mavi Marmara. AGENSI
PALERMO 19 Jun - Sekurang-kurangnya tiga buah bot membawa aktivis pro-Palestin bersiap sedia belayar ke Gaza dalam usaha terbaharu menyertai pelayaran Flotila Kebebasan untuk memecah sekatan Israel ke atas Gaza.
Anggota Freedom Flotilla Coalition di Palermo, Sicily, memberitahu portal Al Jazeera, pihaknya sedang membuat persiapan akhir untuk belayar ke Gaza dan tiba di wilayah Palestin itu sebelum akhir bulan ini.
Aktivis, Kalle Ohlsson berkata, matlamat utama flotila itu bukan untuk membawa bantuan, sebaliknya untuk membuka Pelabuhan Gaza, membawa kebebasan pergerakan, dan perdagangan.
“Matlamat kami adalah menamatkan kepungan terhadap Gaza. Kami mahu penduduk Palestin tahu yang kami tidak akan melupakan mereka. Terdapat banyak krisis di dunia, tetapi situasi di Gaza terlalu teruk,” ujarnya.
Kapal Marianne dari Sweden itu yang kini berada di Sicily mempunyai ruang terhad untuk kargo, tetapi boleh membawa bantuan kecil termasuk peralatan perubatan dan panel solar.
Ohlsson juga melahirkan kebimbangan terhadap reaksi tentera Israel apabila bot itu tiba di perairan antarabangsa.
“Kami amat mengambil berat tentang keselamatan. Kami mempunyai polisi tegas bukan keganasan. Kami berharap Israel tidak akan menggunakan kekerasan,” ujarnya.
Pada Mei 2010, seramai 10 orang terkorban apabila tentera Israel melepaskan tembakan ke arah kapal Mavi Marmara yang menyertai flotila ke Gaza.
Kapal tersebut yang merupakan sebuah daripada kapal yang menyertai Flotila Kebebasan pertama ke Gaza diserbu tentera Israel di perairan antarabangsa selepas kapal didakwa enggan menukar destinasi.
Menurut Israel, sekatan maritim adalah perlu bagi mengelakkan senjata tiba di Gaza.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/flotila-terbaharu-siap-8232-sedia-belayar-ke-gaza-1.104931#sthash.l9qoFNKw.dpuf

Penduduk Gaza solat tarawih dalam khemah


Penduduk Gaza terpaksa menunaikan solat sunat tarawih di khemah

Penduduk Gaza terpaksa menunaikan solat sunat tarawih di khemah sebagai alternatif kepada masjid yang masih belum dipulihkan akibat serangan Israel tahun lalu di Gaza City, kelmarin. AGENSI
GAZA 19 Jun - Penduduk Palestin terpaksa menunaikan solat sunat tarawih di dalam khemah-khemah, selepas gagal membina semula masjid yang musnah dalam serangan Israel pada tahun lalu.
Menurut laman web middleeastmonitor.com, Kementerian Wakaf Palestin mendirikan khemah-khemah bagi menggantikan masjid, yang sebahagiannya musnah dan tidak dibaik pulih kerana Gaza kini masih menerima sekatan berterusan daripada Israel.
Kira-kira 67 buah masjid mengalami kerosakan dan lebih 150 buah masjid lagi musnah sepenuhnya dalam serangan Israel selama 51 hari pada tahun lalu.
Sementara itu, bekas Perdana Menteri Palestin yang juga pemimpin pergerakan Hamas, Ismail Haniyeh mengetuai solat sunat tarawih di kem pelarian Al-Shati, barat Gaza City, semalam.
Beliau memberitahu jemaah: ‘‘Gaza diserang Israel pada Ramadan tahun lalu, dan inilah kesan serangan Israel pada Ramadan tahun ini.’’
Ismail turut menyampaikan pesanan kepada pelarian Palestin di Yarmouk, dengan berkata: “Kamu pelarian Palestin sentiasa dekat di hati kami, tindakan kami sentiasa bersama kamu dan doa kami sentiasa bersama kamu sehingga kamu pulang ke Palestin, tanah air kamu,” ujarnya.
Beliau juga menyeru negara-negara Arab dan negara Islam supaya bersatu bagi membebaskan Palestin dan negara-negara lain yang tertindas supaya mereka dapat menikmati kebebasan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/penduduk-gaza-solat-tarawih-dalam-khemah-1.104943#sthash.5RtjtdcW.dpuf