Duta Palestin ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Riyad Mansour dan jurucakap badan dunia itu, Farhan Haqv mengesahkan permohonan berkenaan telah diserahkan kepada PBB.
“Tindakan ini adalah satu langkah yang pen­ting. Kami perlu me­ngambil pi­lihan untuk mendapatkan kea­dilan un­tuk semua mang­sa yang telah terbunuh akibat kekejaman Israel,” kata Riyad.
Pejabat media PBB dalam pada itu menyatakan, Palestin mengemukakan permohonan untuk menyertai 16 perjanjian antarabangsa.
“Dokumen-dokumen itu kini sedang diteliliti untuk tindakan selajutnya,” jelas pejabat tersebut.
Sekiranya permohonan Palestin menyertai Statut Rom ICC diterima, wilayah itu boleh mengemukakan dakwaan jenayah perang terhadap Israel.
Ditanya tentang kemungkinan ancaman atau sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap Palestin berhubung usaha itu, Riyad berkata, sebarang hukuman tidak masuk akal kerana mereka mengemukakan permohon­an melalui saluran yang sah di sisi undang-undang. – REUTERS