Gaza City: Hamas semalam menyelar tindakan pengawal sempadan Mesir menembak seorang remaja Palestin di sempadan dengan Gaza.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/21377#sthash.2oyptgqP.dpuf
“Kami mengecam pembunuhan budak itu, Zaki Hopi oleh tentera Mesir di sempadan dan menganggapnya penggunaan kuasa yang tidak munasabah.
“Kejadian itu tidak patut berlaku antara negara jiran dan bersaudara,” kata Hamas dalam satu kenyataan.
Jurucakap perkhidmatan kecemasan Gaza Ashraf al-Qudra berkata, Zaki hanya berusia 17 tahun dan bukannya 23 seperti dilaporkan sebelum ini.
Dia terbunuh di bandar sempadan Rafah oleh anggota tentera Mesir yang melepaskan tembakan dari sempadan mereka, namun punca kejadian masih belum dapat dipastikan.
“Zaki ditembak di belakangnya dan peluru menembusi jantung. Dia mati serta-merta,” kata Ashraf.
Katanya, kematian Zaki yang pertama membabitkan warga Palestin di sempadan Semenanjugn Gaza dan Mesir sejak tempoh beberapa tahun lalu.
Mesir minggu lalu mengumumkan akan menggandakan kawasan zon penampan di sempadan Gaza mulai minggu depan bagi mengelak pejuang memasuki Palestin.
Zon berukuran 500 meter sepanjang 10 kilometer berkenaan dibina selepas penyerang berani mati membunuh kira-kira 30 askar Mesir pada 24 Oktober lalu. Proses pembinaan itu mengakibatkan 800 kediaman turut terpaksa dimusnahkan.
Kejadian Oktober lalu itu menyebabkan Mesir mengisytiharkan darurat selama tiga bulan di utara Sinai selain menutup sempadan Rafah - satu-satunya laluan Gaza ke dunia luar yang tidak dikawal Israel - selama dua bulan. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 January 2015 @ 5:36 AM
No comments:
Post a Comment