NEW YORK 3 Jan - Palestin semalam mengesahkan telah menghantar dokumen untuk menyertai Statut Rom di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan beberapa perjanjian antarabangsa lain, langkah yang bakal memburukkan lagi ketengangan dengan Israel dan Washington.
Duta Palestin ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Riyad Mansour dan jurucakap badan dunia itu, Farhan Haqv mengesahkan permohonan berkenaan telah diserahkan kepada PBB.
“Tindakan ini adalah satu langkah yang penting. Kami perlu mengambil pilihan untuk mendapatkan keadilan untuk semua mangsa yang telah terbunuh akibat kekejaman Israel,” kata Riyad.
Pejabat media PBB dalam pada itu menyatakan, Palestin mengemukakan permohonan untuk menyertai 16 perjanjian antarabangsa.
“Dokumen-dokumen itu kini sedang diteliliti untuk tindakan selajutnya,” jelas pejabat tersebut.
Sekiranya permohonan Palestin menyertai Statut Rom ICC diterima, wilayah itu boleh mengemukakan dakwaan jenayah perang terhadap Israel.
Ditanya tentang kemungkinan ancaman atau sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap Palestin berhubung usaha itu, Riyad berkata, sebarang hukuman tidak masuk akal kerana mereka mengemukakan permohonan melalui saluran yang sah di sisi undang-undang. – REUTERS
No comments:
Post a Comment