1 Mei 2013
TEBING BARAT - Tentera Israel bertindak mengusir ratusanpenduduk Badwi Palestin dari kampung mereka di Tebing Barat, kelmarin selepas rejim Zionis mengisytiharkan kawasan itu sebagai zon latihan tentera.
Hampir sebahagian daripada penduduk Wadi al-Maleh terpaksa meninggalkan rumah mereka dan mendapatkan perlindungan di kampung berhampiran.
Tentera rejim Zionis turut melarang orang luar termasuk petugas media memasuki kawasan itu yang kononnya telah diisytiharkan sebagai zon tertutup tentera.
Difahamkan, Wadi al-Maleh terletak dalam kawasan C meliputi dua pertiga Tebing Barat yang terletak di bawah kuasa Israel selain menempatkan penempatan haram Yahudi.
Laporan yang dipetik AP, Januari lalu, golongan pengembala di kawasan Lembah Jordan tersebut diarah berpindah atas alasan sama kononnya untuk memberi laluan kepada latihan ketenteraan yang dijalankan oleh rejim Zionis.
Menurut laporan Pejabat bagi Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (Ocha), pada masa ini, seramai 5,000 penduduk di 38 komuniti tinggal di zon tentera Israel.
Dalam perkembangan lain, seorang penunggang motosikal di Gaza dilaporkan terbunuh manakala dua lagi cedera dalam serangan udara dilancarkan Israel.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al- Kidra berkata, mangsa, Haitham Mishal menjadi sasaran rejim Zionis selepas dia didakwa sebagai anggota militan yang terlibat dengan serangan roket dilancarkan di selatan Israel, 17
April lalu.
April lalu.