Thursday, 19 November 2015

Pukul Remaja AS-Palestin: Polis Israel Dihukum Penjara, Khidmat Masyarakat


Diterbitkan: Khamis, 19 November 2015 1:22 PM

JERUSALEM: Anggota polis Israel dikenakan hukuman penjara dan melakukan khidmat masyarakat kerana memukul remaja Amerika Syarikat (AS) berketurunan Palestin ketika pergolakan di bandar ini tahun lalu.
Tariq Khdeir dari Tampa, Florida ke bandar ini ketika berlaku demonstrasi susulan penculikan dan pembunuhan sepupunya yang berusia 16 tahun, Mohammed Abu Khudeir yang disyaki dilakukan tiga warga Israel pada 2 Julai 2014.
Video amatur menununjukkan dua anggota polis Israel bertindak memumbuk dan menendangnya. Kejadian ketika Tariq Khdeir berusia 15 tahun itu juga menyebabkan matanya lebam dan bibirnya membengkak.
Polis berkata, Khdeir adalah antara enam peserta demonstrasi yang ditahan, tetapi remaja itu mendakwa dia tidak terlibat.
Israel mendakwa salah seorang anggota polis terlibat di Mahkamah Majistret Jerusalem.
Pada Rabu, mahkamah berkenaan menjatuhkan hukuman khidmat masyarakat selama 45 hari dan penjara empat bulan, kata jurucakap Jabatan Hal Ehwal Polis, Kementerian Kehakiman kepada Reuters.

Netanyahu lulus penjualan 436 rumah penempatan haram Yahudi


19 November 2015 12:33 AM



BAITULMAQDIS 18 Nov. - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dilaporkan telah memberi kelulusan bagi penjualan beratus-ratus unit rumah di sebuah kawasan penempatan haram Yahudi di timur Baitulmaqdis, yang pernah membangkitkan ketegangan antara Israel dan Amerika Syarikat (AS) lima tahun lalu.
“Perdana Menteri (Netanyahu) meluluskan pembinaan unit-unit (kediaman) itu,’’ kata jurucakap kerajaan Israel yang enggan dikenali semalam, sambil mengesahkan laporan media kelmarin bahawa Netanyahu memberi kelulusan untuk menjual sebanyak 436 unit rumah di kawasan penempatan haram Yahudi di Ramat Shlomo.
Pada 2010, Israel mengumumkan rancangan pembinaan sebanyak 1,600 buah rumah untuk pendatang Yahudi di Ramat Shlomo, sebuah taman perumahan Yahudi ultra-Ortodoks di timur Baitulmaqdis.
Pengumuman itu dibuat semasa lawatan Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden yang membangkitkan bantahan Amerika dan mengeruhkan hubungan Tel Aviv dan Washington selama berbulan-bulan.
Rancangan itu kemudiannya dibekukan bagi meredakan ketegangan antara kedua-dua negara, namun pada Mei lalu, sebanyak 900 unit rumah diluluskan semula pembinaannya selepas satu persimpangan baharu dibuka bagi membolehkan akses terus ke taman perumahan tersebut. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/netanyahu-lulus-penjualan-436-rumah-penempatan-haram-yahudi-1.159970#sthash.cFRLSi2i.dpuf