Thursday, 14 August 2014

palestin

israel bunuh kanak-kanak

Gaza: Jika OIC terus sepi, seperti rela kezaliman


NURUL IZZAH ANWAR
14 Ogos 2014


MALAYSIA MESTI MENGGUNAKAN KERUSI OIC UNTUK MENGUTUK KEGANASAN YANG BERLAKU DALAM DUNIA ISLAM

CHANNEL News Asia melaporkan amaran seorang pegawai kemanusiaan PBB bagi wilayah Palestin, James Rawley bahawa sebuah konflik baru di Gaza akan bermula sekiranya Israel tidak menamatkan sekatan yang dikenakan ke atas wilayah tersebut.

Beliau menambah, “Sekatan itu mestilah dihentikan untuk membenarkan bahan-bahan mentah ke dalam Gaza untuk membolehkan kerja-kerja pembinaan semula bermula. Ini untuk memberikan Gaza kembali kuasa untuk berdagang dengan dunia luar. Sekatan ini mestilah dihentikan untuk membenarkan Gaza untuk terus maju.”

Fakta yang sering dilupakan ialah sekatan yang bermula pada tahun 2007 inilah yang merupakan latar belakang kepada persengketaan terbaru yang berlaku pada masa ini.

Beliau juga berkata, “masyarakat antarabangsa telah gagal dalam isu Israel-Gaza, yang pada ketika ini telah menyebabkan kira-kira 1930 nyawa Palestin dan 67 nyawa Israel terbunuh.”

Laporan awal menyebut bahawa Gaza memerlukan AS$6-8 billion untuk kerja-kerja pembinaan semula.

Saya menyeru kerajaan Malaysia untuk memulakan gerakan melalui OIC untuk menggesa Israel untuk menghentikan sekatan yang dikenakan oleh Israel, serta memastikan laluan dibuka semula agar bantuan kemanusiaan, serta bahan-bahan mentah untuk membina semula Gaza dapat dimulakan.

Sudah cukup penderitaan rakyat Gaza setelah sebulan dibedil tanpa belas kasihan.

OIC perlu bertanggungjawab untuk memastikan Israel komited terhadap menjaga keamanan dan keselamatan di wilayah tersebut, bukan sahaja untuk rakyat Israel, bahkan keseluruhan warga Palestin yang terkesan. Malaysia perlu memulakan langkah untuk merancang penyaluran bantuan kemanusiaan ini, demi kebaikan bersama rakyat Gaza.

Dalam pada masa yang sama, puak-puak militan di Iraq dilaporkan telah mula membunuh puak Yazidi kerana enggan menganut agama Islam.

Media antarabangsa turut melaporkan puak militan ini telah membunuh kesemua pemuda dalam sebuah perkampungan. Lebih malang, terdapat juga laporan dimana wanita dan kanak-kanak ditanam hidup-hidup – sesuatu dakwaan yang wajar disiasat dan dikenakan tindakan sekiranya didapati sah.

Mereka yang terselamat sedang menderita dengan kehausan dan penyakit, pergunungan Sinjar di Iraq.

Dianggarkan bahawa kira-kira 150,000 orang masih lagi terperangkap di pergunungan ini. Menteri Hak Asasi Manusia Iraq, Mohammed Shia al-Sudani berkata, sudah lebih 500 orang daripada puak Yazidi ini telah dibunuh, dan kerajaan Iraq mempunyai bukti-bukti pembunuhan ini.

Melihatkan pelbagai keganasan yang berlaku dalam dunia Islam pada masa ini, Malaysia perlu menyatakan pendirian mereka dengan lebih tegas. Kerajaan perlu menggunakan kerusi di OIC untuk mengutuk serta mengingatkan negara-negara Islam bahawa kita perlu melindungi mereka yang lemah dalam mana-mana peperangan; terutamanya penduduk, wanita dan kanak-kanak, selari dengan nilai-nilai Islam yang telahpun termaktub lebih 1400 tahun dahulu.

Menurut Dr Mohd Asri Zainul Abidin, “Islam menetapkan agar pembunuhan hanyalah di medan perang dan tidak boleh direbakkan ke luar medan. Hanya diperangi mereka yang terlibat dengan peperangan. Adapun golongan musuh yang tidak menyertai peperangan, mereka tidak diperangi atau dibunuh.”

Firman ALLAH dalam Surah al-Baqarah ayat 190: (maksudnya): “Dan perangilah di jalan ALLAH orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya ALLAH tidak menyukai mereka yang melampaui batas”.

Dalam hadith daripada Ibn Umar r.a., katanya: “Seorang wanita didapati terbunuh dalam satu peperangan yang disertai Nabi SAW maka Rasulullah SAW pun melarang membunuh wanita dan kanak-kanak”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Justeru , Malaysia dan OIC wajib mengeluarkan kenyataan untuk mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman yang sedang berleluasa ini.

Kezaliman sebegini tidak berlandaskan prinsip-prinsip peperangan dalam Islam itu sendiri. Segala kekejaman yang berlaku atas nama Islam ini perlu dihentikan dengan serta-merta.

Kita tidak boleh menutup mata terhadap pelbagai pencabulan hak asasi manusia yang lain. Kita mesti terus bersuara agar OIC memainkan peranan di dalam sengketa dunia Islam.

Akhir kata, harap saya Malaysia vokal dalam Mesyuarat Menteri-menteri OIC berkenaan Gaza yang dijadualkan diadakan hari ini (12 Ogos) di Jeddah; dan turut menyentuh isu-isu serta mencari penyelesaian sebenar kemelut lain; termasuk isu Syria, isu Boko Haram di Nigeria, dan juga isu pencabulan yang berlaku di Iraq pada masa ini.
Sekiranya OIC tetap menyepi, ini akan memberikan persepsi bahawa OIC seolah-olah tidak wujud di mata masyarakat dunia – malah merelakan kezaliman berterusan.

NURUL IZZAH ANWAR
AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI
NAIB PRESIDEN PKR

* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.

palestin

gambar gaza musnah diserang Israel
anak-anak Gaza menjadi mangsa Israel
Gaza terus diserang Israel siang dan malam.
Sebahagian peluru Israel yang diguna untuk menyerang Gaza
Kereta kebal dan jet perjuang Israel menyerang Gaza
Roket Israel yang menyerang Gaza
Gambar Israel menyerang Gaza
Tentera Israel menyerang Gaza dari darat dan udara.
Kehancuran Gaza kerana kekejaman Israel
Tentera Gaza tak kira lelaki dan wanita berjuang melawan Israel
Gaza di penuh asampserangan Israel
Mangsa kezaliman Israel di Gaza
gambar Gaza di bom Israel
Gaza hancur di serang Israelption

Rawat anak Palestin cedera parah di Malaysia


  • Abdul Azeez (lima, kiri) bersama Duta Malaysia ke Palestin dan Mesir Datuk Ku Jaafar Ku Shaari (empat, kiri) dan Duta Palestin ke Malaysia Dr Anwar Al-Agha (tiga, kiri) melawat salah seorang mangsa kekejaman Israel, Anas Yazdji, 22, di Hospital Palestin dekat Kaherah. - Foto BernamaAbdul Azeez (lima, kiri) bersama Duta Malaysia ke Palestin dan Mesir Datuk Ku Jaafar Ku Shaari (empat, kiri) dan Duta Palestin ke Malaysia Dr Anwar Al-Agha (tiga, kiri) melawat salah seorang mangsa kekejaman Israel, Anas Yazdji, 22, di Hospital Palestin dekat Kaherah. - Foto Bernama

KAHERAH - MESIR. Seorang kanak-kanak lelaki Palestin yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Bulan Sabit Merah Palestin, di sini, dirancang dibawa ke Malaysia bagi mendapat rawatan dan penjagaan lebih rapi.
Penasihat Medikal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Dr Mohamed Kassim Abdul Rahim berkata pihaknya sedang mendapatkan kebenaran Institut Pediatrik Kuala Lumpur buat masa ini.
Kanak-kanak berkenaan, Badr Nabil Mahrouse, 4, cedera parah di beberapa bahagian di tubuhnya selepas terkena tembakan bertalu-talu di kawasan rumahnya di Bandar Gaza, katanya.
"Dia dibawa masuk pada 27 Julai di hospital ini, pembedahan kecemasan sebelum ini telah dibuat di Gaza.
"Antara lain, buah pinggang kiri dia terpaksa dibuang, dan paru-paru dipenuhi angin dan air akibat kecedaraan dan terpaksa diletakkan tiub untuk keluarkan semua (air) itu.
"Usus dia juga pecah dan najis keluar daripada usus," katanya kepada Bernama, Rabu.
Dr Mohamed Kassim berkata pihaknya turut merancang untuk membawa beberapa lagi kanak-kanak Palestin yang kini kritikal selepas menjadi mangsa serangan Israel di Palestin sejak 8 Julai lalu, ke Malaysia.
Beliau bersama misi bantuan kemanusiaan KP1M ke Gaza diketuai presiden KP1M, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim melawat hospital berkenaan, pada Rabu.
Dalam lawatan berkenaan, Abdul Azeez turut menyerahkan alat bantuan sokongan hayat 'Portable Vantilator' sumbangan Institut Jantung Negara, kepada hospital berkenaan bernilai RM35,000 khusus bagi membantu pesakit seperti Badr.
  
Dr Kassim yang tiba bersama kumpulan pertama misi bantuan pada 7 Ogos lepas berkata, antara keperluan lain yang diperlukan hospital berkenaan termasuk inkubator dan katil khas untuk pesakit.
Hospital berkenaan dibiayai oleh persatuan Bulan Sabit Merah Palestin dan menjadi salah satu hospital di Mesir untuk rawatan kritikal penduduk Palestin yang parah akibat serangan Israel sejak 8 Julai lalu.
Lebih 2,000 rakyat Palestin terbunuh sepanjang serangan Israel itu sehingga kini.
Rabu malam, agensi berita antarabangsa melaporkan, pihak Israel dan Palestin setuju melanjutkan tempoh gencatan senjata selama lima hari selepas tempoh gencatan senjata selama 72 jam sebelum ini, berakhir pada malam yang sama. - Bernama

Kecanggihan Pesawat Ababil 1 Hamas


http://detikislam.blogspot.com | .
 
Buat pertama kalinya dalam peperangan kali ini, Briged Al-Qassam telah memperkenalkan pesawat udara tanpa pemandu mereka yang dinamakan Ababil 1 kepada umum. Al-Qassam mendakwa bahawa pesawat tanpa pemandu itu yang sarat dengan bahan letupan telah dilancarkan ke ruang udara Israel. Al-Qassam telah berjaya menghasilkan beberapa jenis pesawat udara tanpa pemandu, antaranya model A1A yang pertama sekali dicipta, jenis A1B yang berupaya melancarkan peluru berpandu dan jenis A1C yang boleh melakukan serangan Kamikaze (meletupkan diri sendiri dengan melanggar lokasi sasaran). 
(Video) Wilayah haram Israel dirakam oleh Pesawat Ababil 1
 
Kehebatan yang ditonjolkan oleh Briged Al-Qassam sepanjang Perang Al-Asful Ma’kul kali ini memberikan umat Islam sinar harapan bahawa umat Islam di Palestin tidak akan mengalah begitu sahaja dan menyerahkan tanah mereka kepada rejim Zionis Israel tanpa sebarang penentangan. Bahkan Al-Qassam menjanjikan lebih banyak kejutan kepada Israel sekiranya mereka terus berdegil untuk menindas dan tidak mengembalikan hak-hak penduduk Palestin khususnya di Gaza.
 
Tidak keterlaluan jika kita katakan Briged Al-Qassam adalah ibarat tentera Salahuddin Al-Ayyubi atau ketumbukan Muhammad Al-Fateh pada zaman ini. Merekalah hero umat Islam pada hari ini.

Selepas Turki, Venezuela pula hantar kapal bantuan untuk rakyat Gaza


http://tikaqbuloh.blogspot.com | .

Selepas Turki Venezuela Pula Hantar Sebuah Kapal Bantuan Untuk Rakyat Gaza. Saksikan 4 Gambar 

 
 
 
 
 
Terkini | Gaza 12.39 am | Perang Hari ke-37
 
Menteri Hal Ehwal Luar Venezuela, Elías Jaua sedang memberi taklimat di hadapan sebuah kapal terbang bantuan berkenaan apa yang akan Venezuela berikan kepada Gaza bagi membantu meringankan kepedihan yang sedang dialami oleh penduduk Gaza akibat keganasan Zionis.
 
Venezuela merupakan salah satu negara yang lantang mengutuk keganasan Zionis ke atas Gaza.
 
Sumber: Shehab News Agency
 
‪#‎Pray4Gaza
‪#‎WeAreAllAlQassam
‪#‎GazaUnderAttack
‪#‎DedaunHancur

Gaza: Genjatan senjata dilanjut lima hari lagi


HARAKAHDAILY | .

GAZA: Tempoh genjatan senjata 72 jam antara Plaestin dengan Israel yang berakhir malam tadi dilanjutkan lagi untuk tempoh lima hari bermula hari ini.

Mesir yang juga penaja genjatan senjata kedua-dua pihak itu dalam satu kenyataan berkata persetujuan lanjutan istu dicapai lewat petang semalam.

"Satu perjanjian telah dicapai untuk melanjutkan genjatan senjata antara dua pihak Palestin dan Israel selama lima hari," kata Kementerian Luar Mesir.

Kementerian itu berkata lanjutan itu bertujuan memberi kedua-dua pihak peluang untuk meneruskan rundingan tidak langsung yang bertujuan untuk mencapai penyelesaian kekal.

Sejak rundingan kedua-dua pihak diadakan minggu lalu, belum nampak apa-apa hasil dicapai setakat ini.

Hamas dan rakyat Palestin tegas dengan tuntutan mereka agar kepungan ke atas Gaza dibuka sepenuhnya jika mahu melaksanakan genjatan senjata kekal.

Sekurang-kurangnya 1,951 orang Palestin - kebanyakannya orang awam - terbunuh dan lebih 10,000 cedera dalam serangan Israel sejak 7 Julai lalu.

Dalam tempoh yang sama, sekurang-kurangnya 64 tentera Israel terbunuh dalam pertempuran dengan pejuang Palestin di Gaza.

- HARAKAHDAILY 14/8/2013

Hero pemusnah bom Gaza terkorban

- Foto Ihsan:  The Guardian

Tragedi berkenaan juga mengorbankan dua wartawan dan tiga anggota pemusnah bom yang lain.

Beberapa hari sebelum kejadian, Rahed ditemuramah oleh The Guardian.

"Isteri saya fikir saya akan balik rumah di dalam keranda," katanya kepada pemberita.

"Kami bekerja sepanjang masa. Orang ramai terancam bila ada bom di dalam rumah mereka.

"Ia sangat merbahaya, tapi kami perlu melakukannya," katanya.

Tambahnya lagi, belum ada yang tercedera atau terkorban di dalam pasukannya.

"...Syukur kepada ALLAH SWT," tambahnya.

Sepanjang konflik Gaza, Rahed menerima 70 panggilan sehari dan bertanggungjawab menguruskan lebih kurang 400 bom yang tidak meletup setelah dijatuhkan oleh tentera Zionis.

Beliau dikebumikan di tanah perkuburan Jabaliya dan dianggap hero disebalik tabir konflik Gaza.

Adiknya, Abdel Jawad al-Hom yang menyertai briged al-Qassam, maut dalam serangan udara Zionis, dua minggu lalu.

Gencatan terakhir

Wakil Fatah, Azzam al-Ahmed (tengah) antara yang menghadiri rundingan gencatan di Kaherah. - Foto: AFP
Wakil Fatah, Azzam al-Ahmed (tengah) antara yang menghadiri rundingan gencatan di Kaherah. - Foto: AFP
GAZA - PALESTIN. Selepas tamat gencatan senjata 72 jam, Hamas mengisytiharkan kumpulan pejuang bersedia pertempuran lebih panjang bagi menentang kemaraan tentera Israel.

Pegawai Hamas yang menghadiri rundingan tersebut di Kaherah berkata, sehingga kini Israel masih mengetepikan beberapa permintaan utama.

“Kami tidak boleh ramal sama ada gencatan kekal, dilanjutkan atau pertempuran akan bersambung. Rundingan masih buntu,” katanya.

Bagaimanapun, seorang pegawai diplomatik berkata, Israel berharap gencatan senjata dilanjutkan tetapi Hamas belum memberi kata putus.

“Perkara penting dibincangkan iaitu gencatan senjata jangka panjang perlu dipersetujui sebelum tengah malam ini, melakukan satu lagi gencatan senjata 72 jam bagi membolehkan rundingan diteruskan atau meneruskan perang,” katanya kepada Agensi.

Sementara itu, jurucakap Hamas Samir Abu Zuhri  berkata, pihaknya masih mempertimbangkan usul meneruskan gencatan senjata ini.

“Ini adalah gencatan dan rundingan terakhir. Jika semua wakil gagal capai kata putus dan enggan menerima tuntutan Hamas, kami akan membalas semua serangan Israel.

Menteri Kewangan Israel Yair Lapid berpendapat jika rundingan itu gagal ada kemungkinan pertempuran akan bermula sekali lagi pada tengah malam ini (semalam).

“Ia akan menjadi pertempuran lebih sengit,” katanya dalam satu siaran temu bual di Stesen televisyen tempatan.

Britain gantung jual senjata kepada Israel

Sebahagian aset ketenteraan Israel diperoleh dari Britain. - Foto: AFP
Sebahagian aset ketenteraan Israel diperoleh dari Britain. - Foto: AFP
LONDON - Kerajaan Britain menggantung kontrak 12 senjata kepada Israel jika permusuhan dengan Gaza disambung semula, menurut Jabatan Pernigaaan, Inovasi dan Kemahiran (BIS).

Setiausaha Perniagaan Vince Cable dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengenal pasti 12 lesen senjata yang dieksport termasuk penjualan peralatan yang digunakan rejim Zionis di Gaza.

Lesen berkaitan dengan peralatan ketenteraan adalah termasuk komponen untuk sistem radar tentera, pesawat tempur dan kereta kebal.

"Kerajaan Britain membuat keputusan menggantung lesen eskport sedia ada jika terdapat pertempuran ketara," katanya kepada Middle East Eye.

Bagaimanapun, kenyataan Vince Cable disifatkan amat lemah dan keputusan menggantung lesen jika peperangan disambung dilihat sebagai tanda sokongan politik untuk kerajaan Israel.

"Kami ingin lihat sekatan sepenuhnya ke atas semua jualan senjata dan tidak hanya menggantung beberapa lesen terpilih. Kami ingin semua lesen dibatalkan dan kerajaan perlu menghantar isyarat jelas bahawa ia tidak menyokong pengeboman di Gaza," menurut Jurucakap Kempen Menentang Perdagangan Senjata (CAAT), Andrew Smith.

Gaza hancur baru puas hati israel

palestin ·

Anggota bomba cuba memadamkan api yang saksi-saksi mengatakan disebabkan oleh serangan udara Israel di Gaza City 10 Ogos 2014.#AJAGAZA Gambar oleh: Khaled Al Sabbah

palestin

Misi bantuan kemanusiaan cuba masuk Gaza esok


  • Gaza

KAHERAH - Misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) ke Gaza, Palestin akan cuba memasuki negara bergolak itu esok, bersama Mercy Malaysia dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim).
  
Presiden KP1M Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, ini kali pertama misi bantuan kemanusiaan diadakan di bawah bendera Malaysia mewakili rakyat negara melibatkan tiga persatuan sekali gus.
  
Bagaimanapun, katanya, misi itu yang diterajui KP1M berkemungkinan dipecahkan kepada tiga kumpulan bagi memastikan bantuan lebih mudah sampai kepada pihak yang memerlukan.
  
Abdul Azeez, yang juga pengerusi Biro Kebajikan Umno, berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri taklimat tertutup bersama Duta Besar Malaysia ke Palestin dan Mesir Datuk Ku Jaafar Ku Shaari, Duta Palestin di Malaysia Dr Anwar Al-Agha, Naib Presiden Mercy Malaysia Norazam Ab Samah dan Presiden Mapim Mohd Azmi Abdul Hamid.
  
Sebanyak 71 peserta KP1M terdiri daripada media, doktor dan sukarelawan, enam anggota Mercy Malaysia serta enam anggota Mapim akan menyertai misi berkenaan.
  
Abdul Azeez berkata, buat masa ini, KP1M masih menantikan kelulusan daripada pihak kerajaan Mesir bagi memberi kebenaran masuk ke Gaza melalui pintu sempadan Rafah.
  
"Insya-Allah, kita jangkakan dapat masuk esok, hari Khamis, niat kami sama, kalau boleh masuk kami akan adakan tahlil dan hari Jumaat kita dah boleh letakkan doktor di lima hospital bagi melakukan pembedahan dan sebagainya.
  
"...dan kita bersolat Jumaat bersama-sama rakyat Palestin di sana dan kita cuba berada hingga Ahad paling tidak, itu pun berpandukan nasihat Duta," katanya.
  
Abdul Azeez turut percaya kerajaan Mesir akan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan cemerlang sebagai orang tengah bagi mendamaikan pihak Israel dan Hamas, seterusnya melanjutkan tempoh gencatan senjata yang akan berakhir malam Rabu.
  
Sementara itu, Ku Jaafar berharap pihak kerajaan Mesir dapat memberi jaminan keselamatan kepada anggota misi bantuan sepanjang perjalanan ke sempadan Rafah, terutama di Utara Sinai, yang terletak kira-kira 45 kilometer dari Rafah yang masih berada di bawah kawalan tentera.
  
"Di kawasan berkenaan perintah berkurung masih berjalan, kerana masih ada isu-isu militan, apa yang kita akan lalui ialah banyak 'checkpoint' di sepanjang perjalanan," katanya. - Bernama

Masa semakin suntuk


2014/08/14 - 04:09:22

gambar sebelum  gambar berikut
Foto
Warga Palestin berjalan di kawasan runtuhan rumah yang musnah dibedil tentera Israel di pekan Beit Hanoun, utara Semenanjung Gaza, kelmarin. - AP
Foto
Kanak-kanak Palestin yang kehilangan tempat tinggal bermain di beranda sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lokasi keluarga mereka mencari perlindungan di Beit Lahiya, utara Semenanjung Gaza, semalam. - AP

Baitulmaqdis: Perunding Israel dan Palestin memasuki fasa rundingan damai yang semakin suntuk pada hari terakhir gencatan senjata 72 jam, di Kaherah semalam, ketika tempoh gencatan itu semakin menuju ke detik akhir jam 2100 GMT.

Menjelang tamat tempoh itu, perunding harus mencapai persetujuan perdamaian yang berkekalan, menerima lanjutan tempoh kerana jika tidak pertempuran berdarah selama sebulan kedua-dua pihak akan bersambung semula.


Rundingan pusingan kedua

“Ada kemajuan tetapi tidak cukup untuk dipersetujui, rundingan akan bersambung esok,” kata seorang wakil Palestin kepada AFP lewat kelmarin, tanpa memberikan sebarang perincian.

Sebagaimana hari-hari sebelumnya, anggota pasukan perunding Israel pulang selepas rundingan kemungkinan untuk berbincang dengan kerajaan mereka.

Ketika penduduk Gaza cuba menyusun semula kehidupan mereka yang musnah, perunding mengadakan pusingan kedua rundingan secara tidak langsung kelmarin, mencari penamat konfrontasi.

Namun, wakil rasmi berkata masih terlalu sukar untuk bersetuju untuk menamatkan konflik itu yang tercetus 8 Julai lalu apabila Israel melancarkan operasi ketenteraan untuk mengekang serangan roket dari Gaza.
“Rundingan amat sukar,” kata wakil Palestin pada pembukaan rundingan Isnin lalu, yang berlangsung selama 10 jam dan disifatkan sebagai amat serius.

Awal Selasa lalu, wakil Israel pula berkata: “Jurang masih jauh. Tiada kemajuan dalam rundingan.”

Pasukan itu berkumpul di bilik berasingan di ibu pejabat Risikan Umum Mesir dan tidak pernah bertemu antara satu sama lain, tatkala orang tengah bergegas antara kedua-dua biik membawa kertas cadangan dan cadangan balas, kata sumber.

Hamas mahu Israel menamatkan sekatan yang dikenakan ke atas Gaza pada tahun 2006 sebelum ia menghentikan serangan roket ke Israel.

Gaza berdarah: Masjid ranap dibedil Israel


2014/08/14 - 03:13:32
Kuala Lumpur: Masjid Al-Qassam bernilai RM1.2 juta yang dibina oleh Aman Palestin, hasil sumbangan dana rakyat Malaysia untuk kemudahan umat Islam sekitar Abbasan al Kabeera, Khan Younis, ranap dibom Israel yang mengganas di Gaza.

Selain masjid dua tingkat yang mampu menampung 3,000 jemaah terbabit, TADIKA yang turut disediakan bersebelahannya juga musnah dalam serangan minggu lalu.


Kediaman penduduk turut dimusnahkan

Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut, berkata kediaman penduduk berdekatan masjid juga dimusnahkan dalam serangan itu, menjadikan kawasan berkenaan umpama padang jarak.

Beliau berkata, masjid asal di lokasi sama dimusnahkan oleh Israel, juga secara pengeboman di wilayah terbabit pada perang 2008.

Simpati dengan kesulitan umat Islam di situ yang terpaksa bersolat di bawah khemah, Aman Palestin dengan sokongan rakyat Malaysia, mengambil alih pembinaan semula mulai 2010. Masjid Al-Qassam digunakan umat Islam setempat mulai akhir tahun 2013 sebelum perasmian disempurnakan April lalu.

Namun minggu lalu, masjid berkenaan sekali lagi dibom oleh Israel hingga ranap.
Nasib malang itu disedari petugas Aman Palestin di Gaza ketika membuat tinjauan sepanjang tempoh gencatan senjata tiga hari yang berakhir hari ini (semalam), katanya kepada BH.

Awang Suffian berkata, susulan itu, Aman Palestin bertekad mendirikan kembali masjid terbabit demi kemudahan umat Islam setempat dan janji itu sudah disampaikan menerusi CEO Aman Palestin di Gaza, Omar Seyam.

Usaha membangunkan semula masjid itu akan digerakkan sebaik gencatan senjata panjang dicapai di Gaza, supaya bantuan kemanusiaan lebih mudah dihantar, katanya.

Sumbangan untuk pembinaan semula masjid berkenaan boleh disalurkan menerusi pejabat cawangan Aman Palestin di seluruh negara dengan melayari laman web www.amanpalestin.net atau menerusi akaun Bank Islam: 12029010047880 atau Maybank: 562263010787.

Takut ke sekolah gara-gara ‘like’ I love Israel


Nibong Tebal: Tindakan seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di Simpang Ampat di sini, menekan butang 'like' kepada I Love Israel di laman sosial Facebook bukan saja mencetuskan kontroversi di sekolah berkenaan, malah pelajar itu dikatakan takut untuk pergi ke sekolah selepas perbuatannya diketahui ramai.

Difahamkan, pelajar lelaki itu menekan butang like I Love Israel sebelum tindakannya itu mendatangkan rasa kurang puas hati dalam kalangan guru dan pelajar sekolahnya sehingga difahamkan ada yang mengancam serta mengugut pelajar berkenaan.


Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, polis sudah memanggil pelajar berkenaan serta gurunya tengah hari kelmarin untuk diambil keterangan mengenai perkara berkenaan.



"Kami sudah memanggil pelajar itu bersama gurunya tengah hari semalam (kelmarin) selain akan memanggil beberapa individu lain dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.


"Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948 dan kami akan meneliti pelbagai sudut termasuk punca pelajar berkenaan berbuat demikian," katanya yang ditemui pada Majlis Hari Raya bersama Komuniti Seberang Perai Selatan (SPS) di Ibu Pejabat Polis Daerah SPS, malam kelmarin.


Turut hadir, Timbalan Ketua Polis negeri Datuk A Thaiveegan dan Ketua Polis Daerah SPS Asisten Komisioner Shafien Mamat.

Sementara itu, Shafien berkata, sehingga petang semalam pihaknya sudah memanggil empat individu membabitkan tiga pelajar dan seorang guru untuk membantu siasatan kes berkenaan.


Beliau berkata, guru dan pelajar berkenaan dipanggil untuk diambil keterangan tengah hari kelmarin manakala dua lagi rakannya dipanggil untuk proses sama, semalam.

"Siasatan dilakukan membabitkan dua aspek iaitu mengapa pelajar berkenaan bertindak menyokong laman web itu yang mencetuskan perbalahan dan dakwaan berhubung ancaman serta ugutan yang diterimanya," katanya.


Beliau berkata, susulan itu, pelajar berkenaan bersama keluarganya membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan diri selepas menerima kecaman serta ugutan.


Katanya, akaun Facebook pelajar berkenaan ditutup selepas kekecohan mengenai perkara itu berlaku.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/14

Israel musnah 63 masjid


Juga dikenali sebagai Masjid Jamik, ia adalah antara 63 masjid yang dimusnahkan rejim Zionis sejak ia melancarkan serangan ke atas Gaza pada 7 Julai lalu. 
Alasannya, kata pegawai Israel, Hamas menggunakan tempat ibadah itu untuk menyimpan senjata serta pelancar roket dan menggali terowong untuk menceroboh Israel dan melancarkan serangan. 

Hamas yang menguasai pentadbiran Gaza menafikan tuduhan itu, sebaliknya menuduh Israel melancarkan serangan terhadap Islam.
Foto
PENDUDUK Palestin melakukan solat Jumaat di bawah runtuhan menara Masjid Soussi di Gaza City.
Foto
PENDUDUK memeriksa keadaan Masjid al-Qassam selepas serangan udara.

Dalam kalangan penduduk awam Gaza, ramai yang menyokong kenyataan Hamas dan menuduh rejim Zionis sengaja mahu meruntuhkan iman mereka.

Dalam serangan sebelum ini, Israel keberatan menyasarkan serangan ke atas institusi agama kerana bimbang terhadap tindak balas diplomatik. 

Sepanjang seminggu serangan udara ke atas Gaza pada 2012, tidak satupun masjid menjadi sasaran. 

Dalam keganasan selama tiga minggu pada 2008-2009, rejim itu mengebom 17 masjid dan meruntuhkan 20 menara tempat ibadah itu dengan mendakwa Hamas menggunakannya sebagai antena tentera. 

Penduduk Gaza menyangkal tuduhan Israel kononnya Hamas menggunakan masjid sebagai tempat persembunyian pejuang atau untuk menyimpan kelengkapan senjata. 

“Tidak ada langsung. Saya tidak melihat sebarang anggota Hamas di sini,” menjadi jawapan kebanyakan penduduk Gaza apabila ditanya mengenai kehadiran pejuang kumpulan berkenaan. 

Kebanyakan masjid yang menjadi sasaran, selain menjadi tempat beribadah, turut dijadikan pusat kegiatan sosial, pendidikan dan kesihatan untuk penduduk sekitar. 

Ada juga yang menganjurkan acara sukan seperti bola sepak dan pingpong. 
Tetapi Israel mendakwa Hamas menggunakan bangunan itu untuk menyimpan senjata, pelancar roket selain dijadikan pos meninjau dan tempat latihan ketenteraan. 

“Dengan memusnahkan masjid, Israel berharap dapat menggugat iman kami yang menjadi asas kepada jihad,” kata seorang guru sekolah rendah, Yahya Abu Siyam, ketika ditemui selepas menunaikan solat di celah runtuhan Masjid Farouq di Rafah, selatan Semenanjung Gaza. 

Serangan ke atas masjid itu pada 22 Julai lalu turut memusnahkan beberapa rumah. 
Di Masjid al-Qassam di Nuseirat, Pengarah Badan Zakat, Abu Bilal Darwish turut menyuarakan pendapat sama. 

“Keganasan Israel ialah terhadap Islam. Rejim itu tahu bahawa masjid menanam sifat jihad dan syahid dalam kalangan kami,” katanya. 

Sebuah masjid yang dibina pada abad ketujuh, Masjid al-Omary, turut menjadi sasaran. Masjid berkenaan terletak di sebuah lagi masjid yang lebih besar dan moden di Jebaliya. Kedua-duanya musnah. 

Sementara itu, Masjid Hamza Ibn Abdul-Mutaleb di tengah Gaza, yang mengambil masa dua tahun untuk dibina dengan kos lebih AS$1juta (RM3.2 juta) dan baru beberapa minggu siap, juga dimusnahkan tentera Israel. 

“Bagi kami, masjid itu ibarat bayi yang baru lahir dan sudah sekian lama kami nantikan. 

“Dengan kepungan ke atas Gaza, kami berusaha untuk mencari bahan bagi membinanya. Pendermanya pula mengupah pengawal untuk menghalang sesiapa mencuri bahan itu untuk tujuan lain. Tetapi Israel memusnahkannya dalam sekelip mata,” kata Kamal Salim, anggota jawatankuasa pembinaannya.- AP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/14

4,500 bayi ganti mujahid gugur


Gelap malam di Gaza ada sesekali disinari cahaya, namun kilaunya datang daripada pancaran cahaya roket, peluru dan letupan bom. Ini keadaan biasa bagi kami, tidur kami sering dimulai dengan syahadah kerana tidak pasti esok membuka mata atau membuka mata di dalam liang lahad bertemu Rabbul Jalil. 
Bumi ini terus menangis, meratapi kehilangan ribuan insan, anak kecil, bayi dan pejuang mujahidin yang gugur di medan pertempuran kerana mempertahankan perjuangan suci. 

Alhamdulillah, di sebalik kesedihan yang menyelimuti rakyat Gaza saban hari, Allah kirimkan hikmah-Nya terhadap apa yang terjadi. Selepas sebulan rejim Zionis mengganas di bumi Gaza, 4,500 kelahiran direkodkan.
Foto
KANAK-kanak yang terselamat dalam serangan tentera Israel duduk di atas runtuhan rumah mereka.

Angka itu saya petik daripada saluran media Arabs 21 News yang menyiarkan kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin mengenai jumlah kelahiran berdasarkan senarai daftar bayi di negara itu.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/14

Wartawan Itali maut selepas bom cuba dimatikan meletup


Agensi
GAMBAR tidak bertarikh ini menunjukkan Camilli sedang membuat liputan di Gaza.


BANDAR GAZA - Seorang wartawan warga Itali antara lima yang terbunuh di utara Gaza semalam selepas sebuah peluru berpandu milik Israel yang sedang dimatikan oleh sekumpulan pakar pemusnah bom Palestin meletup, kata para pegawai.
Seorang jurucakap pasukan kecemasan, Ashraf al-Qudra berkata, lima orang terbunuh dan ramai lagi cedera parah.
Katanya, kejadian berlaku ketika beberapa wartawan membuat liputan satu kumpulan pemusnah bom cuba mematikan sebuah peluru berpandu yang tidak meletup selepas digugurkan oleh tentera Israel di Beit Lahiya.
"Beberapa pakar pemusnah bom maut ketika cuba mematikan bom berkenaan," kata jurucakap Menteri Dalam Negeri Palestin, Iyad al-Buzam.
Sementara itu, Menteri Luar Itali, Federica Mogherini mengesahkan seorang wartawan negara itu, Simone Camilli, 35, yang bertugas dengan agensi berita Associated Press terbunuh dalam kejadian tersebut.
"Sekali lagi seorang wartawan menjadi mangsa dalam peperangan yang sudah berlanjutan selama beberapa tahun ini," kata dalam satu kenyataan. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0814&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3AJggTIiz 
Hakcipta terpelihara 

Gaza kembali di ambang perang


REUTERS 
SEORANG wanita Palestin meriba seorang budak lelaki yang cedera akibat bedilan tentera Israel di sebuah sekolah yang dikendalikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di bandar Beit Lahiya, utara Gaza.


KAHERAH - Ancaman peperangan baharu semakin meruncing semalam menjelang berakhirnya gencatan senjata tiga hari antara Israel dan Palestin.
Situasi itu berlaku ketika rundingan damai tidak langsung melibatkan kedua-dua pihak di sini masih belum membuahkan hasil.
Pasukan perunding Israel kembali ke Mesir semalam untuk mencari jalan penyele- saian konflik yang telah berlarutan selama beberapa bulan dan meragut nyawa 1,945 penduduk di Genting Gaza serta 67 orang di Israel.
Gencatan senjata antara kedua-dua belah pihak dijadualkan berakhir pukul 4 pagi ini (waktu Malaysia).
Hamas yang menguasai Gaza dan bebe- rapa sekutunya mahu sekatan oleh Israel serta Mesir ditarik balik sebagai antara syarat perdamaian.
Namun, rejim Zionis dan Kaherah dilihat sukar meluluskan permintaan itu dengan alasan keselamatan.
Setakat semalam, perunding Israel dan Palestin enggan mendedahkan sama ada persetujuan jangka panjang bagi menamatkan perang di Gaza dapat dicapai.
Sumber Kedutaan Palestin bagaimanapun memberitahu bahawa rundingan damai itu masih berterusan manakala delegasi Palestin akan mengadakan lebih banyak rundingan bersama pengantara Mesir.
Kelmarin, pemimpin Hamas di sini, Moussa Abu Marzouk menyifatkan rundingan itu sebagai sukar manakala seorang pegawai Israel memberitahu bahawa belum ada kemajuan yang dicapai.
Selain menamatkan sekatan, Hamas turut mahu sebuah pelabuhan laut di Gaza dibuka.
Israel enggan untuk menamatkan sekatan ekonomi ke atas Gaza kerana mengesyaki Hamas akan membawa masuk senjata dari luar negara.
Dalam pada itu, Menteri Pertahanan Israel, Moshe Yaalon kelmarin mengarahkan tentera Israel bersiap sedia untuk kemungkinan bertempur semula selepas tempoh gencatan senjata 72 jam itu tamat.
"Pertempuran mungkin tercetus semula dan kami (Israel) mungkin akan melepaskan tembakan ke arah mereka (pejuang Palestin)," kata Yaalon.
Rejim Zionis mula menyerang Gaza pada 8 Julai lalu untuk menamatkan serangan roket dari wilayah Palestin itu daripada terus mengenai Israel. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0814&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3AJgTLOXe 
Hakcipta terpelihara 

Arab Saudi pertahan hak Hamas


Putera Saud al-Faisal (kanan) menghadiri mesyuarat OIC bagi membincangkan pembangunan semula Genting Gaza di Jeddah, Arab Saudi, kelmarin. - AFP
JEDDAH 13 Ogos - Putera Arab Saudi, Saud Al-Faisal, semalam menegaskan bahawa pergerakan Hamas lebih berhak untuk mempertahankan Palestin dan tidak boleh dibandingkan dengan tindakan rejim Israel yang melancarkan serangan besar-besaran ke atas Gaza, lapor laman web, arabnews.com.
Dalam satu sidang media yang diadakan sempena Mesyuarat Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di sini, Saud turut mengecam tindakan Israel yang dianggap sebagai jenayah kemanusiaan.
"Anda tidak boleh menyamakan tindakan Hamas dengan Israel, sama ada dalam bentuk skala atau isinya. Ini adalah tidak adil dan anda tidak boleh meletakkan kedua-dua pihak pada kedudukan sama rata.
"Bagaimana anda boleh menyatakan Israel mempunyai hak untuk mempertahankan diri mereka ketika Israel sendiri yang tidak memberi hak sama rata kepada Hamas," kata beliau.
Saud mempersoalkan tindakan membandingkan keadilan merujuk terhadap tindakan Hamas melancarkan serangan roket ke atas wilayah Israel yang dianggap sebagai serangan kejam, dengan serangan Israel ke atas Gaza yang mengorbankan hampir 2,000 nyawa penduduk Palestin yang dianggap sebagai satu hak moral.
"Israel mahu memusnahkan Palestin dan membunuh seluruh penduduk (Gaza) supaya mereka boleh merampas wilayah itu," ujar beliau yang turut menggesa Israel segera mencapai persetujuan damai dengan Palestin bagi menamatkan konflik tersebut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140814/lu_04/Arab-Saudi-pertahan-hak-Hamas#ixzz3AJaMaoTz
© Utusan Melayu (M) Bhd