GAZA: Tempoh genjatan senjata 72 jam antara Plaestin dengan Israel yang berakhir malam tadi dilanjutkan lagi untuk tempoh lima hari bermula hari ini.
Mesir yang juga penaja genjatan senjata kedua-dua pihak itu dalam satu kenyataan berkata persetujuan lanjutan istu dicapai lewat petang semalam.
"Satu perjanjian telah dicapai untuk melanjutkan genjatan senjata antara dua pihak Palestin dan Israel selama lima hari," kata Kementerian Luar Mesir.
Kementerian itu berkata lanjutan itu bertujuan memberi kedua-dua pihak peluang untuk meneruskan rundingan tidak langsung yang bertujuan untuk mencapai penyelesaian kekal.
Sejak rundingan kedua-dua pihak diadakan minggu lalu, belum nampak apa-apa hasil dicapai setakat ini.
Hamas dan rakyat Palestin tegas dengan tuntutan mereka agar kepungan ke atas Gaza dibuka sepenuhnya jika mahu melaksanakan genjatan senjata kekal.
Sekurang-kurangnya 1,951 orang Palestin - kebanyakannya orang awam - terbunuh dan lebih 10,000 cedera dalam serangan Israel sejak 7 Julai lalu.
Dalam tempoh yang sama, sekurang-kurangnya 64 tentera Israel terbunuh dalam pertempuran dengan pejuang Palestin di Gaza.
- HARAKAHDAILY 14/8/2013
No comments:
Post a Comment