Thursday 14 August 2014

Wartawan Itali maut selepas bom cuba dimatikan meletup


Agensi
GAMBAR tidak bertarikh ini menunjukkan Camilli sedang membuat liputan di Gaza.


BANDAR GAZA - Seorang wartawan warga Itali antara lima yang terbunuh di utara Gaza semalam selepas sebuah peluru berpandu milik Israel yang sedang dimatikan oleh sekumpulan pakar pemusnah bom Palestin meletup, kata para pegawai.
Seorang jurucakap pasukan kecemasan, Ashraf al-Qudra berkata, lima orang terbunuh dan ramai lagi cedera parah.
Katanya, kejadian berlaku ketika beberapa wartawan membuat liputan satu kumpulan pemusnah bom cuba mematikan sebuah peluru berpandu yang tidak meletup selepas digugurkan oleh tentera Israel di Beit Lahiya.
"Beberapa pakar pemusnah bom maut ketika cuba mematikan bom berkenaan," kata jurucakap Menteri Dalam Negeri Palestin, Iyad al-Buzam.
Sementara itu, Menteri Luar Itali, Federica Mogherini mengesahkan seorang wartawan negara itu, Simone Camilli, 35, yang bertugas dengan agensi berita Associated Press terbunuh dalam kejadian tersebut.
"Sekali lagi seorang wartawan menjadi mangsa dalam peperangan yang sudah berlanjutan selama beberapa tahun ini," kata dalam satu kenyataan. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0814&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3AJggTIiz 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment