Thursday 14 August 2014

Arab Saudi pertahan hak Hamas


Putera Saud al-Faisal (kanan) menghadiri mesyuarat OIC bagi membincangkan pembangunan semula Genting Gaza di Jeddah, Arab Saudi, kelmarin. - AFP
JEDDAH 13 Ogos - Putera Arab Saudi, Saud Al-Faisal, semalam menegaskan bahawa pergerakan Hamas lebih berhak untuk mempertahankan Palestin dan tidak boleh dibandingkan dengan tindakan rejim Israel yang melancarkan serangan besar-besaran ke atas Gaza, lapor laman web, arabnews.com.
Dalam satu sidang media yang diadakan sempena Mesyuarat Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di sini, Saud turut mengecam tindakan Israel yang dianggap sebagai jenayah kemanusiaan.
"Anda tidak boleh menyamakan tindakan Hamas dengan Israel, sama ada dalam bentuk skala atau isinya. Ini adalah tidak adil dan anda tidak boleh meletakkan kedua-dua pihak pada kedudukan sama rata.
"Bagaimana anda boleh menyatakan Israel mempunyai hak untuk mempertahankan diri mereka ketika Israel sendiri yang tidak memberi hak sama rata kepada Hamas," kata beliau.
Saud mempersoalkan tindakan membandingkan keadilan merujuk terhadap tindakan Hamas melancarkan serangan roket ke atas wilayah Israel yang dianggap sebagai serangan kejam, dengan serangan Israel ke atas Gaza yang mengorbankan hampir 2,000 nyawa penduduk Palestin yang dianggap sebagai satu hak moral.
"Israel mahu memusnahkan Palestin dan membunuh seluruh penduduk (Gaza) supaya mereka boleh merampas wilayah itu," ujar beliau yang turut menggesa Israel segera mencapai persetujuan damai dengan Palestin bagi menamatkan konflik tersebut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140814/lu_04/Arab-Saudi-pertahan-hak-Hamas#ixzz3AJaMaoTz
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment