PALESTIN, 13 Ogos- Umat Islam seluruh dunia wajib secara syarak memboikot kesemua produk yang menjana ekonomi Israel dan tindakan membeli produk tersebut dalam keadaan adanya pilihan lain adalah haram disisi syarak.
Mufti Al-Quds dan Palestin Sohibus Samahah Syiekh Muhammad Hussain menyampaikan fatwa tersebut dalam sebuah wawancara radio hayahfm.ps semalam.
“Membeli produk Israel bermaksud menjana ekonomi mereka yang secara tidak langsung membantu mereka membunuh dan menghalau umat Islam di Palestin, ini adalah haram!”
Tambah beliau lagi hukum haram membeli produk Israel tersebut juga selari dengan larangan Allah SWT keatas umat Islam untuk tidak berkerjasama (taawun) dalam melakukan dosa dan kemaksiatan tetapi berkerjasama (taawun) dalam perkara kebaikan dan taqwa.
“Tetapi pengecualian adalah dalam situasi tidak ada pilihan lain untuk produk tersebut, maka kita boleh meletakkan ianya berada dalam situasi darurat yang mengharuskan melakukan perkara yang dilarang (haram)”
Hingga ke hari ini, mangsa kekejaman Israel dalam tempoh kurang 2 bulan adalah seramai lebih 2,000 orang terbunuh dan lebih 10,000 orang yang cedera.
“Boikot merupakan suatu bentuk penentangan terhadap kezaliman serta kebinatangan Israel dan hukum asal baginya adalah wajib syarie” tegas beliau secara berulang kali dalam wawancara tersebut.
No comments:
Post a Comment