Wednesday 13 August 2014

Tunang Clooney tolak bela Gaza


AMAL ALAMUDDIN

NEW YORK 12 Ogos - Tunang pelakon popular Hollywood, George Clooney yang juga seorang peguam, Amal Alamuddin, 36, menolak tawaran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk menyertai tiga pakar menyiasat aspek pencabulan dan pelanggaran hak asasi manusia dalam perang di Gaza.
Menurut akhbar United Kingdom, Daily Telegraph, Amal yang merupakan peguam hak asasi manusia menolak tawaran tersebut dengan memberi alasan bahawa dia terlalu sibuk selain mempunyai komitmen lain.
Amal, yang berketurunan Lebanon, menolak tawaran berkenaan beberapa jam selepas PBB mengemukakannya semalam.
"Saya telah dihubungi oleh PBB mengenai perkara tersebut untuk pertama kali pagi tadi (semalam).
"Saya sangat berbesar hati untuk menerima tawaran tersebut, tapi saya mempunyai banyak komitmen, termasuk lapan kes yang masih berjalan ketika ini. Malangnya, saya tidak dapat menerima tawaran itu," katanya.
Amal berkata, dia terkejut dengan keadaan di Gaza, khususnya membabitkan korban orang awam dan dia percaya bahawa perlu ada satu siasatan bebas dan berwibawa melibatkan jenayah yang telah dilakukan.
"Saya harap beberapa rakan saya yang akan berkhidmat dengan suruhanjaya itu mempunyai keberanian dan kekuatan dalam melaksanakan tugas mereka," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140813/lu_07/Tunang-Clooney-tolak-bela-Gaza#ixzz3ADkh3ggz
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment