Wednesday 13 August 2014

Gaza: Mesir serah cadangan gencatan senjata


2014/08/13 - 07:44:20
KAHERAH: Mesir menyerahkan cadangan gencatan senjata kepada Israel dan Hamas bertujuan menamatkan konflik selama sebulan selepas perunding bertemu pada hari kedua bagi menyelesaikan krisis dan meredakan ketegangan di Semenanjung Gaza, kata pegawai Palestin awal hari ini.

Pegawai Palestin berkata, kandungan cadangan yang dinyatakan Mesir ialah supaya pengepungan Israel di Gaza ditamatkan sekali gus dapat meredakan suasana di kawasan berkenaan.


Bagaimanapun, perkara utama yang masih tidak dipersetujui termasuk tuntutan kumpulan Hamas supaya pengepungan ditamatkan sepenuhnya dan Israel pula meminta Hamas menghentikan serangan dijangka dibincangkan kemudian.

Sekiranya kedua-dua pihak bersetuju terhadap cadangan terbabit, ia akan memberi kesan signifikan kepada Palestin di Gaza dan memudahkan pergerakan penduduk dan barangan ke Tebing Barat.

Eksport Gaza dan perniagaan lain terjejas teruk akibat sekatan yang dikenakan di wilayah Israel dan Mesir selepas Hamas menguasai Gaza pada 2007. - AP 

No comments:

Post a Comment