GAZA: Bahagian hubungan tahanan Palestin memaklumkan bahawa tahanan Palestin di penjara Israel yang rata-ratanya orang awam didera teruk.
Peguam kementerian Kareem Ajwa yang melawat beberapa tahanan di penjara Ashkelon pada hari Isnin berkata beberapa tahanan mengadu mereka didera secara fisikal dan mental.
Antara mereka mendakwa dipukul teruk di kepala dan anggota badan yang lain serta dihina dengan kata-kata kesat.
Kebanyakan tahanan ditahan ketika tentera rejim mula melakukan serangan darat denga mengebom kediaman penduduk Gaza sebelum melakukan tangkapan.
Menurut mangsa tahanan, selepas ditangkap, mereka dibawa ke satu tempat yang tidak diketahui sebelum dibawa ke penjara Ashkelon beberapa hari kemudian.
Selain itu, anggota keluarga juga sehingga kini dilarang untuk bertemu tahanan yang sedang ditahan dan akan didakwa di mahkamah Israel.
- HARAKAHDAILY 13/8/2014

No comments:
Post a Comment