Israel seksa wartawan Baku
Aliyev ditahan ketika protes anti kerajaan di Tel Aviv.
BAKU - Seorang wartawan mendedahkan beliau diseksa pengawal Israel di balai polis tempatan sebelum ke Kedutaan Israel di Baku, Azerbaijan untuk menjalani perbicaraan tertutup pada 2012.

Ketua Pengarang laman web Azadxeber, Nejat Aliyev ditahan selepas dituduh memiliki senjata dan dadah ketika berkhidmat di Tel Aviv.

Peguamnya, Anar Gasimli berkata, Aliyev menceritakan bagaimana beliau ditahan, dipukul dan diseksa teruk ketika sesi soal siasat.

“Polis Israel menuduh anak guam saya mempunyai kaitan dengan Osama Laden kerana beliau seorang Muslim. Beliau dipaksa mengaku menyimpan dadah dan senjata di rumahnya,” katanya dipetik dari Press Tv.

Menurutnya, Aliyev menjadi sasaran pihak berkuasa selepas beliau menyiarkan beberapa berita berunsur kritikan terhadap kerajaan Israel dan penindasan terhadap orang Islam.