Wednesday, 21 October 2015

SU Agung PBB beri amaran Israel, Palestin

SETIAUSAHA Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon. - Foto AFP
RABU, 21 OKTOBER 2015 @ 8:54 PM

 RAMALLAH: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon memberi amaran kepada Israel dan Palestin supaya berundur daripada terus meningkatkan keganasan.
Ban bertemu dengan Presiden Palestin, Mahmud Abbas hari ini selepas berunding dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam.
Dalam pertemuan antara Ban dan Netanyahu semalam, pemimpin Israel itu tidak menunjukkan reaksi toleransi, sebaliknya mengecam keras Abbas kerana menyemarakkan api keganasan dan menolak dakwaan Israel menggunakan kekerasan melampau.
Ban berkata beliau membayangkan kebimbangan global mengenai peningkatan bahaya keganasan antara Israel dan Palestin.
Beliau menggesa kedua-dua pihak supaya mengambil langkah mengelak terjerumus ke dalam jurang bahaya.
Dengan peningkatan kebimbangan antarabangsa, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry, juga akan bertemu Netanyahu lewat minggu ini di Jerman selain Abbas dan Raja Abdullah dari Jordan di lokasi tidak diketahui di Asia Barat.
Serangan dan ketegangan selama tiga minggu antara Palestin dan Israel tetap berterusan walaupun ketika Ban tiba untuk lawatan mengejut selama dua hari itu.
Dalam serangan terbaru, seorang wanita cedera ditembak selepas didakwa mendekati penempatan Israel dengan pisau pagi semalam. -AFP

Akibat Intifadah : Warga Zionis-Israel Ramai-Ramai Meninggalkan Israel

Akibat Intifadah : Warga Zionis-Israel Ramai-Ramai Meninggalkan Israel

YERUSALEM (voa-islam.com) – Negara Zionis-Israel akan tamat. Gerakan jihad dan Intifadah yang sekarang berlangsung membuat rakyat Israel takut, dan merasa tidak aman. Jalan-jalan sepi. Warga Israel tidak berani keluar. Mereka tidak berani meninggalkan rumah mereka, kecuali hanya dengan pengawalan tentara.
Sudah terbetik kabar, bahwa warga Israel sudah mulai eksodus ke Amerika dan Eropa, serta Rusia. Mereka sudah tidak nyaman tinggal di Israel. Mereka takut melakukan aktifitas dann keluar rumah. Mereka tidak berani naik bus, kendaraan umum, dan bahkan menggunakan kendaeraan pribadi. Mereka takut diserang warga Palestina yang sangat marah kepada mereka.
Pasukan Zionis-Israel banyak yang stress, karena mereka harus menghadapi orang-orang sipil, yang hanya bersenjatakan batu, pisau dan pistol, bukan pasukan militer. Sehingga, pasukan Yahudi itu, menghadapi kebingungan dan tidak dapat bertindak dengan menggunakan senjatanya. Sementara itu, warga Palestina, tanpa henti terus merangsek dan menyerang tentara dan warga Yahudi di Yerusalem, Tepi Barat, dan Gaza.
Situasi di Yerusalem semakin meningkat eskalasi, dan membuat kondisi di wilayah itu, sangat berbahaya. Sewaktu-waktu dapat meledak dalam skala yang sangat luas. Karena penduduk Yordania, yang mayoritas warga Palestina, mereka mulai dalam partisipasi menyerang pasukan Israel, dan ikkut masuk di dalam kancah perlawanan di Yerusalem.
Dibagian lain, Sekjen PBB Ban Ki-moon memperingatkan akan terjadi "eskalasi berbahaya" di kawasan itu. Ban Ki-moon mendesak Israel dan Palestina bergerak cepat menenangkan warga Israel dan Palestina, sesudah terjadi “revolusi” dan “intifadah' yang sudah berlangsung hampir tiga minggu. Ban Ki-moon berkujung ke Yerusalem ditengah berkecamuknya kerusuhan Yerusalem, Selasa, 20/10/2015.
"Kunjungan saya mencerminkan rasa kekawatiran yang sangat mendalam atas situasi yang terjadi di Yerusalem, dan ini merupakan keprihatinan yang masyarakat internasional (global), atas eskalasi yagn sangat berbahaya, yaitu kekerasan antara Israel dan Palestina," katanya Ban kepada wartawan setelah bertemu dengan Presiden Israel Reuven Rivlin.
Ia memperingatkan: "Jika kita tidak bertindak cepat, dinamika di lapangan hanya akan bertambah buruk."
Ban akan bertemu Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Selasa dan Presiden Palestina Mahmoud Abbas pada Rabu pagi.
Kekerasan, termasuk gelombang aksi perlawanann oleh warga Palestina terhadap Israel dengan melakukan penusukan pisau, senjata dan serangan dengan menabrakan mobil terhadap warga Israel, telah menimbulkan ketakutan, kekhawatiran dan kecemasan serta rasa tidak aman dikalangan warga Israel. “Ini benar-benar pemberontakan massal rakyat Palestina”, ujar warga Yahudi di Yerusalem.
"Hal ini jangan sampai terlambat mengatasinya, karena harus ada upaya untuk menghindari krisis yang lebih luas," kata Ban, mendesak upaya perdamaian baru, di mana sebelumnya perundingan perdamaian telah berhenti, akibat sikap Perdana Menteri Israel Netanyahu, yang sangat menolak setiap usulan fihak Palestina.
"Dalam pertemuan saya hari ini dan besok, dengan kepemimpinan Israel dan Palestina, saya akan menarik semua fihak melakukan upaya bersama membatasi insiden kekerasan baru di kedua sisi ... Kita tidak harus membiarkan ekstrimisme dari kedua belah fihak, atau mereka yang meyakini dan percaya kekerasan sebagai jalan keluar atas persoalan di Palestina, dan ini akan membakar konflik ke selulruh kawasan Timur Tengah”, cetusnya."
"Kita harus, memikirkan masa depan anak-anak kita, dan harus mengindari terjerumus ke dalam jurang yang berbahaya ini, dan mencari solusi melalui bentuk dua negara, dan memimpin orang-orang yang terlibat dalam konflik kembali ke jalan menuju perdamaian."
Namun, semua perdamaian sudah ditutup oleh rezim Zionis-Israel, dan kelompok ultra sayap kanan telah berkuasa, dan mendominasi politik di Israel, dan tidak mungkin akan ada solusi damai. Kekerasan adalah pilihan dan rakyat Palestina melawan dan menghentikan kejahatan Zionis.
Menlu Amerika Serikat John Kerry, yang menjadi anggota Ilumintani, terus berusaha membujuk Presiden Mahmud Abbas, agar warga Palestina di Tepi Barat, menghentikan aksi mereka melawan Zionis.
Tapi, warga Palestina sudah bertekad mereka akan mengenyahkan Israel dari tanah air mereka, berapapun bayaran yang harus mereka bayar.
Fatwa para ulama yang mewajibkan berjihad melawan Zionis, mulai dari Sheikh Qardhawi, Saad Shalah, sampai ulama Saudi sudah menfatwakan jihad melawan Zionis. Perang melawan Zionis, bagian skenario dari Allah Azza Wa Jalla, menghadapi akhir zaman. (mashadi/voa-islam.com)
- See more at: http://www.voa-islam.com/read/intelligent/2015/10/21/40003/akibat-intifadah-warga-zionisisrael-ramairamai-meninggalkan-israel/#sthash.R864aixE.RFz4EHNf.dpuf

Tindakan Lelaki Israel Serang Lori Palestin Bawa Padah


Diterbitkan: Rabu, 21 Oktober 2015 9:21 AM

TINDAKAN seorang lelaki Israel menyerang sebuah lori dipandu rakyat Palestin membawa padah apabila dia digilis sehingga mati.
Kejadian itu berlaku apabila lelaki Israel yang tidak dikenali keluar dari keretanya dengan memegang sebatang kayu untuk menyerang lori berkenaan di Tebing Barat pada Selasa.
Bagi menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa kekejaman Yahudi, pemandu lori tersebut bertindak memandu lorinya dan menggilis lelaki hempal berkenaan.
Sebaik sahaja menggilis lelaki Yahudi itu, pemandu lori berkenaan melarikan diri ke kem pelarian di Hebron untuk menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa kekejaman tentera.
Kemarahan penduduk Palestin semakin meningkat apabila tentera Yahudi menjalankan operasi meroboh dan merampas kediaman penduduk Islam.
Pada hari sama tentera Israel bertindak menembak mati dengan kejam seorang penduduk Palestin dengan menuduhnya telah menikam seorang lelaki Yahudi sehingga mati pada tahun lalu.
Tentera Yahudi itu turut memusnahkan rumah milik mangsa sehingga menyebabkan penduduk Palestin bangkit menentang kekejaman itu.

Israel bina tembok di Baitulmuqaddis


AP - SEORANG kanak-kanak Palestin berdiri di sebelah tembok baharu yang dipasang oleh polis Israel bagi memisahkan kampung Jabel Mukaber dan penempatan haram Armon Hantziv di timur Baitulmuqaddis kelmarin.


BAITULMUQADDIS – Polis Israel kelmarin mula membina tembok di timur Baitulmuqaddis bagi melindungi penempatan haram Yahudi yang menjadi sasaran bom api dan balingan batu dari kampung Palestin berdekatan.
Tembok itu akan memisahkan kampung Jabel Mukaber dan penempatan haram Armon Hant­ziv. Pembinaannya dikritik parti pembangkang yang melihat langkah itu sebagai usaha untuk menga­singkan penduduk di timur Baitulmuqaddis.
Sehingga kelmarin, polis telah meletakkan enam bongkah batu di Jabel Mukaber, setiap satu setinggi 2.5 meter dan lebar 2 meter sebagai penghadang sementara.
Majlis perbandaran tempatan memberitahu, dinding itu akan merangkumi kawasan seluas 300 meter bagi melindungi penduduk Yahudi daripada tindakan belia Palestin yang membaling batu dan bom api ke arah kediaman serta kereta mereka.
Jabel Mukaber menjadi lokasi panas susulan siri keganasan sejak beberapa minggu lalu yang mengorbankan 42 warga Palestin dan tujuh penduduk Yahudi.
Tiga penduduk kampung itu bertindak membunuh tiga warga Israel dalam serangan berasingan di Baitulmuqaddis pada Selasa lalu sebelum mereka dibunuh pasukan keselamatan Rejim Zionis.
Pada Sabtu lepas, seorang remaja Palestin berusia 16 tahun ditembak mati polis Israel selepas cuba menikam seorang anggota polis sempadan di sebuah pos pemeriksaan dekat Jabel Mukaber.
Israel menganggap­ Bai­tulmuqaddis sebagai wilayah mereka selepas merampasnya dalam Perang Enam Hari pada 1967. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1020&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3pAyWILs2 
Hakcipta terpelihara 

Rumah penduduk Palestin diroboh


Rumah penduduk Palestin diroboh

21 OKTOBER 2015
Rumah penduduk Palestin diroboh Tentera rejim Zionis memusnahkan apartmen milik Maher di bandar Hebron, semalam.

TEBING BARAT - PALESTIN. Tentera rejim Zionis, semalam memusnahkan rumah penduduk Palestin di Hebron yang didakwa menyerang dan menikam seorang penduduk Israel hingga mati pada tahun lalu.

Saksi mendakwa 'hukuman' yang dikenakan ke atas Maher al-Hashlamoun itu turut mencetuskan protes antara puluhan pembaling batu dan tentera rejim Zionis, namun tiada kecederaan atau kematian dilaporkan.

Anggota gerakan Jihad Islam itu turut dikenakan hukuman penjara seumur hidup oleh mahkamah tentera selepas disabit bersalah membunuh Dalia Lemkus, Jun lalu.

Minggu lalu, Tel Aviv mengarahkan hukuman punitif dipertingkatkan di bawah dasar kontroversi terbaharu yang diluluskan Knesset kononnya sebagai respons terhadap gelombang keganasan yang meningkat sejak akhir-akhir ini.

Awal bulan lalu, 'hukuman' sama turut dikenakan ke atas rumah dua penduduk Palestin di Baitulmaqdis Timur yang didakwa terlibat dalam insiden serangan pada tahun lalu.  

Dalam insiden berasingan, pihak berkuasa Israel dilaporkan telah menahan pemimpin kanan Hamas, Hassan Yousef dalam satu serbuan di kediamannya di bandar Beitunia di barat daya Ramallah.

Difahamkan, Hassan, 60, diberkas semula selepas dibebaskan daripada penahanan pentadbiran pada Jun lalu.

Kira-kira 35 penduduk Palestin turut ditahan dalam serbuan ke atas beberapa buah rumah di Tebing Barat, lapor AFP.

Roboh rumah pejuang

Agensi
Hebron: Tentera Israel semalam memusnahkan rumah seorang pejuang Palestin yang kini dipenjara kerana didakwa membunuh seorang pendatang Yahudi.

Tindakan merobohkan rumah Maher al-Hashlamoun di Hebron diikuti dengan pertempuran antara puluhan penduduk Palestin dengan tentera Israel.


Bagaimanapun, tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan, kata saksi.

Maher, pejuang kumpulan Jihad Islam, dijatuhi dua hukuman penjara seumur hidup oleh mahkamah tentera Zionis Mac lalu selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh Dalia Lemkus, 26, pada 10 November 2014.

Dia juga didakwa cuba membunuh dua lelaki di penempatan haram Yahudi Gush Etzion, selatan Baitulmaqdis.

Minggu lalu, pihak berkuasa Israel mengarahkan tindakan merobohkan rumah penduduk Palestin yang didapati bersalah menyerang penduduk Yahudi.

Sementara itu, tentera Israel semalam menembak mati seorang penduduk Palestin, juga di Hebron, selepas dia didakwa menyerang seorang anggota tentera.

Ia kejadian terbaru dalam serangan menggunakan senjata tajam yang bermula sejak tiga minggu lalu.

Keganasan yang bermula dengan rancangan Israel untuk membuka perkarangan Masjid Al-Aqsa kepada pelawat Yahudi itu setakat ini sudah meragut 42 nyawa penduduk Palestin, termasuk 21 yang didakwanya penyerang. Yang lain terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Israel.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Oktober 2015 @ 6:52 AM

REMAJA Palestin berlindung selepas menyerang tentera Israel dengan batu dari belakang tayar yang dibakar ketika pertempuran di bandar Al-Bireh, utara Ramallah, di Tebing Barat, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/86728#sthash.4J6iRZEV.dpuf

Israel tahan pemimpin Hamas


21 Oktober 2015 1:11 AM


RAMALLAH 20 Okt. – Pasukan keselamatan Israel menahan seorang pemimpin kanan pergerakan Hamas di Tebing Barat dalam satu serbuan di bandar ini, lewat malam tadi.
Menurut kenyataan tentera rejim Zionis, pemimpin Hamas tersebut dinamakan sebagai Hassan Yusef dalam serbuan terhadap sebuah rumah di Beitunia, barat laut Ramallah.
Bagaimanapun, tentera Israel tidak menyatakan sebab Hassan ditahan dalam serbuan itu.
Kumpulan hak asasi manusia mengkritik tindakan rejim Israel menahan rakyat Palestin sewenang-wenangnya, lebih-lebih lagi ketika keganasan masih berlanjutan di Tebing Barat dan Gaza.
Semalam, lapan aktivis ditahan kerana menyertai bantahan di Umm Al-Fahm pada minggu lalu, dan dalam tempoh seminggu sahaja, polis rejim Zionis telah menahan lebih 100 penunjuk perasaan dan aktivis yang mengadakan bantahan di wilayah Palestin.
Pengarah pertubuhan belia Baladna, Nadim Nashif berkata, Israel telah melancarkan gerakan menangkap penunjuk perasaan dalam kalangan rakyat Palestin bagi mengekang kebangkitan.
“Seperti intifada kedua, Israel mahu rakyat Palestin berasa takut, mendiamkan diri dan tidak terlibat dalam bantahan.
“Tetapi penglibatan rakyat Palestin sangat meluas dan kebangkitan tercetus di setiap tempat,” katanya sambil menambah bantahan diadakan di Nazareth, Haifa, Acre, Sakhnin, Tamra, dan Arrabeh selain di kawasan penduduk Palestin di Israel sejak awal bulan ini.
Sementara itu, askar Israel memusnahkan sebuah rumah penduduk Palestin yang dipenjarakan kerana membunuh seorang pendatang Yahudi pada tahun lalu.
Saksi kejadian berkata, tindakan rejim Zionis merobohkan rumah milik Maher al-Hashlamoun di Hebron, mencetuskan kemarahan penduduk Palestin yang melontar batu dan bertempur dengan askar Israel.
Tiada kematian atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/israel-tahan-pemimpin-hamas-1.148810#sthash.8CBolNLy.dpuf

Israel cuba rampas Masjid al-Aqsa


AZRUL HAKIMIE ANUER  |  21 Oktober 2015 1:12 AM


GERAKAN Intifada Ketiga yang bermula awal bulan ini di wilayah Palestin yang dijajah iaitu Baitulmaqdis Timur dan Tebing Barat, merupakan tindak balas penduduk Palestin terhadap kekejaman berterusan tentera rejim Zionis Israel membunuh rakyat Palestin tanpa mengira umur dan jantina.
Tentera Israel bukan sahaja membunuh rakyat Palestin sewenang-wenangnya, malah turut membakar dan memusnahkan kediaman penduduk termasuk ladang tanaman zaitun seperti yang berlaku di Salfit, barat Baitulmaqdis.
Semua kekejaman tersebut dilakukan semata-mata mahu merampas rumah ibadat ketiga paling suci bagi umat Islam iaitu Masjid al-Aqsa, selain mahu memperluaskan kuasa mereka di wilayah Palestin.
Sikap agresif Israel kali ini dilihat sangat luar biasa dan kejam, apabila bertindak menggunakan pelbagai cara untuk memiliki Masjid al-Aqsa, termasuk memberi kuasa penuh kepada polis untuk memeriksa penduduk Palestin secara fizikal, walaupun Parlimen negara itu belum meluluskan rang undang-undang tersebut.
Rejim Zionis turut memperketatkan kawalan di Masjid al-Aqsa bagi menghalang penduduk Palestin beribadat di masjid itu dengan hanya membenarkan penduduk lelaki Islam berumur 50 tahun ke atas dan wanita memasuki masjid tersebut, selain memperba­nyakkan pos kawalan di pintu-pintu masuk ke Baitulmaqdis Timur dan Tebing Barat.
Selain itu, tentera rejim dilaporkan turut mengganggu kanak-kanak Pa­lestin yang mahu ke sekolah serta nelayan di kawasan pantai berhampiran Gaza.
Sehingga hari ini bilangan penduduk Palestin yang terkorban akibat kekejaman rejim Zionis sudah mencecah 45 orang, dengan 10 orang daripada mangsa merupakan kanak-kanak termasuk bayi berusia 16 bulan dan dua wanita.
Seramai 31 orang penduduk Palestin dibunuh oleh pasukan keselamatan Israel di Tebing Barat dan Baitulmaqdis, manakala 14 lagi ditembak di Genting Gaza termasuk seorang ibu bersama bayinya.
Sementara itu, seramai 1,850 orang penduduk Palestin yang lain cedera akibat ditembak oleh tentera Israel, sama ada dengan menggunakan peluru hidup ataupun peluru getah, dengan 3,500 orang lagi mengalami masalah kesihatan akibat terhidu gas pemedih mata.
Pusat Kajian Tahanan Palestin (PCPS) melaporkan, sejak bermulanya gerakan intifada, pasukan keselamatan rejim Zionis telah memenjarakan seramai 280 orang kanak-kanak Palestin, dan semasa di dalam penjara mereka dihina, didera, dipukul serta diancam bunuh bertujuan untuk menakut-nakutkan mereka supaya tidak menyertai gerakan intifada.
“Daripada 600 orang yang ditahan tentera Israel, 35 peratus daripada mereka merupakan kanak-kanak. Jumlah kanak-ka­nak yang ditahan meningkat mendadak sejak gerakan intifada tiga bermula awal bulan ini,” kata jurucakap PCPS, Riad al-Ashqar.
Insiden keganasan Israel kali ini lebih dahsyat dan meluas, bukan sahaja di Tebing Barat tetapi juga di Genting Gaza dan tidak banyak mendapat liputan sehingga kekejaman Israel di bumi Palestin tidak diketahui masyarakat dunia.
Gerakan Intifada Ketiga selepas intifada pertama dan ke­dua yang berlaku pada 1987 dan 2000, jika tidak ditangani segera dibimbangi akan menyebabkan banyak kematian, justeru organisasi utama dunia seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) digesa untuk memainkan peranan mereka.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/israel-cuba-rampas-masjid-al-aqsa-1.148818#sthash.GiSMmBBQ.dpuf