Tuesday, 25 November 2014

Pemuda Palestin diserang 3 Yahudi


Baitulmaqdis: Tiga lelaki Israel menyerang seorang pemuda Palestin, semalam.
Jurucakap polis Luba Samri berkata, mangsa dalam keadaan baik dan kini dirawat di sebuah hospital di sini, manakala kes itu dalam siasatan.
Keadaan di Baitulmaqdis semakin tegang berikutan kebimbangan penduduk Palestin bahawa kerajaan Israel pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mahu mengubah status quo dipersetujui di Masjid al-Aqsa dengan membenarkan orang Yahudi beribadah di situ.
Perkara itu berulang kali dinafikan Netanyahu, namun ramai anggota parti gabungannya mahukan perubahan itu dibuat.
Kelmarin, sebuah rumah Palestin di Tebing Barat dibakar pelampau Yahudi yang turut menconteng slogan anti-Islam dalam bahasa Hebrew.
Tiada kecederaan dilaporkan dan kes disiasat polis Israel. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 November 2014 @ 5:02 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/11453#sthash.d4BdUjev.dpuf

No comments:

Post a Comment