Laman web Prestv.ir melapor­kan, perkara berkenaan dinyatakan ketika penggubal undang-undang EU berdebat tentang usul untuk mengiktiraf Palestin di Parlimen Eropah di sini, semalam.
Penggubal undang-undang EU percaya, pengiktiran itu bakal memberi mesej jelas kepada Israel bahawa tindakan rejim Zionis membunuh dan merampas tanah penduduk Palestin adalah satu perbuatan yang tidak boleh di-
terima.
“Mengapa perlu Parlimen Ero­pah mengambil tindakan ini? Ini semua ada kaitan dengan perasaan tidak lagi boleh bersabar dengan tindakan pencerobohan oleh Israel ke atas tanah milik penduduk Palestin dan jumlah korban membabitkan penduduk Palestin yang semakin meningkat saban hari,” kata anggota Parlimen Eropah dari Britain, Richard Howitt.
Ketua Polisi Luar EU, Federica Mogherini yang turut mengambil bahagian dalam perbahasan ber­kenaan menggesa Israel dan Pa­lestin untuk meneruskan run­di­ngan bagi menyelesaikan ma­salah antara mereka secara aman.
“Keamanan dan keselamatan tidak akan dicapai selagi Palestin tidak diiktiraf sebagai sebuah negara. Negara Palestin tidak dapat diwujudkan jika kita tidak menjanjikan ke­selamatan, kestabilan dan keamanan kepada Israel,” tegas Mogherini.