Wednesday 26 November 2014

Rusia sokong Palestin diiktiraf sebuah negara


26 November 2014
MOSCOW - RUSIA . Rusia berjanji akan menyokong draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung pengiktirafan Palestin sebagai sebuah negara, menurut Interfax.

Timbalan Menteri Luarnya, Mikhail Bogdanov berkata, resolusi itu boleh dijadikan titik permulaan untuk memperbaharui rundingan antara Palestin dengan Israel, selain Rusia bersedia memberi sokongan jika tiba masa untuk mengundi kelak.

"Amerika Syarikat (AS) dan Israel lakukan segala-galanya menghalang wakil Palestin ke PBB. Bagaimanapun, terdapat kemungkinan AS akan gunakan kuasa veto pada waktu pengundian," katanya menurut laporan Middle East Monitor.

No comments:

Post a Comment