Monday 21 December 2015

TPM Israel dituduh terlibat skandal seks


Timbalan Perdana Menteri Israel dituduh terlibat skandal seks

21 DISEMBER 2015

BAITULMAQDIS - PALESTIN. Seorang pegawai tinggi dalam pentadbiran Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dituduh melakukan salah laku seks dan digesa meletak jawatan segera.
‎Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri Israel, Silvan Shalom menafikan dakwaan tersebut, lapor Associated Press, hari ini
Peguam Negara Israel mengarahkan polis menyiasat perkara itu selepas sekurang-kurangnya tujuh wanita mendakwa Shalom yang juga Menteri Dalam Negeri Israel telah membuat gangguan secara seksual.
Shalom sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Menteri Luar dan Menteri Kewangan Israel.
Beliau telah lama menjadi tokoh penting dalam Parti Likud dan berkahwin dengan seorang wanita sosialit kaya dari keluarga berpengaruh Israel.
Beliau adalah ahli politik terkini Israel yang dituduh terlibat dalam salah laku seksual.
Sebelum ini, Ketua Polis Anti-Penipuan Israel dan ahli parlimen lain sedang disiasat dalam dakwaan sama. Mereka dilaporkan meletak jawatan bulan lepas.
Sementara itu, pada 2010, bekas Presiden Israel, Moshe Katzav dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun selepas didapati bersalah merogol seorang wanita dan membuat serangan seksual terhadap beberapa wanita.
Selain itu, ahli politik Israel lain turut dilaporkan terlibat dalam salah laku kewangan.
Pada Mei lalu, Ehud Olmert, bekas Perdana Menteri, dijatuhi hukuman penjara lapan bulan kerana pecah amanah dan terlibat dalam penipuan.
Olmert didakwa menerima rasuah daripada seorang ahli perniagaan dari Amerika Syarikat (AS) ketika masih memegang jawatan sebagai Datuk Bandar Baitulmaqdis dan Menteri Perdagangan
.

No comments:

Post a Comment