Wednesday 12 November 2014

PBB tubuh jawatankuasa siasat serangan ke atas sekolah PBB di Gaza



PENUNTUT sekolah berada di dalam bilik darjah yang rosak akibat dibedil dalam pertempuran puak Hamas dengan Israel di Bandar Gaza, awal bulan ini. - Foto AFP
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa penyiasatan bagi menyiasat kematian, kecederaan dan kemusnahan di premis PBB ketika peperangan di Gaza baru-baru ini.
Jurucakap PBB, Farhan Haq berkata jawatankuasa bebas lima anggota itu dipengerusikan Patrick Cammaert, major jeneral bersara Belanda yang pernah berkhidmat sebagai penasihat Ban.
Menurut anggaran Palestin, lebih 2,100 rakyat Palestin terbunuh, sebahagian besarnya orang awam, dalam peperangan 50 hari yang bermula pada 8 Julai lalu.
Kira-kira 72 orang pula terbunuh di sebelah pihak Israel.
Beribu-ribu bangunan musnah dan sekurang-kurangnya 223 sekolah di Gaza, sama ada dikendalikan oleh agensi Pelarian PBB atau kerajaan Hamas, menjadi sasaran pertempuran itu.
Turut dijumpai di sekolah PBB ialah tempat simpanan senjata yang tidak digunakan.
Haq berkata setiausaha agung berharap semua pihak akan memberi kerjasama dalam penyiasatan itu.
Menurut Haq, dalam lawatan setiausaha agung ke Gaza pada 14 Oktober lalu, beliau mendapati kemusnahan yang berlaku adalah jauh lebih dahsyat berbanding perang Israel-Hamas pada 2009.
Menurut Haq, Ban berkata tidak ada apa yang lain yang dapat menjadi simbol penderitaan daripada apa yang dihadapi ribuan keluarga yang berlindung di sekolah Jabalia di bawah panji-panji PBB.
"Namun sekolah itu masih dibedil walaupun Israel sudah dimaklumkan oleh PBB.
"Kemudahan PBB lain juga dibedil dan orang awam yang tidak bersalah menghadapi nasib sama.

PENUNTUT sekolah berada di dalam bilik darjah yang rosak akibat dibedil dalam pertempuran puak Hamas dengan Israel di Bandar Gaza, awal bulan ini. - Foto AFP

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon. - Foto AP
"Pembedilan sekolah PBB ini tidak dapat diterima sama sekali," tegas Ban. - AP

No comments:

Post a Comment