Saturday 10 September 2016

Tindakan provokatif Israel


10 SEPTEMBER 2016
Tindakan provokatif Israel
Tindakan provokatif Israel Pembinaan halangan bawah tanah itu bakal mencetuskan kemarahan penduduk Gaza yang hidup di bawah kepungan sejak 2007.
TEL AVIV - Tentera Israel mengesahkan telah membina tembok bawah tanah di sempadan Genting Gaza.

Kelmarin, pegawai Kementerian Hal Ehwal Luar Tentera yang enggan identitinya didedahkan memaklumkan, projek tersebut telah dimulakan sejak beberapa minggu lalu.

Pengesahan itu dibuat sehari selepas laman berita, Ynet melaporkan, pembinaan itu sedang dilakukan di kawasan berhampiran pagar sempadan wilayah Gaza.

"Fasa pertama sekatan bawah tanah itu akan dibina sepanjang 10 kilometer. Tel Aviv telah memperuntukkan kira-kira AS$160 juta (RM652 juta) untuk membina satu bahagian halangan konkrit bawah tanah," jelas laporan itu.

Difahamkan, tembok itu akan dilengkapi sensor bagi mengesan aktiviti penggalian dan tujuan utama pembinaannya adalah menyekat terowong rahsia yang digunakan penduduk Gaza untuk membawa masuk bekalan makanan serta bahan binaan ke wilayah terbabit.

Sebelum ini, kerajaan Mesir turut memusnahkan atau menenggelamkan terowong bawah tanah terbabit yang menjadi laluan perdagangan komersial utama ke Gaza. - Press TV

No comments:

Post a Comment