Saturday, 10 September 2016

Rejim Zionis bina tembok bawah tanah


10 September 2016 12:39 AM
KREN dan jentera berat Israel dilihat berada di sempadan Gaza
KREN dan jentera berat Israel dilihat berada di sempadan Gaza dipercayai untuk membina tembok bawah tanah. AGENSI
TEL AVIV 9 Sept. – Seorang pegawai tentera Israel mendedahkan rejim Zionis telah memulakan pembinaan tembok bawah tanah secara besar-besaran di sepanjang sempadan Semenanjung Gaza.
Tindakan berkenaan dilihat sebagai satu bentuk pencabulan ke atas penduduk Palestin khusus­nya di kawasan berkenaan yang telah dikenakan sekatan oleh Israel sejak Jun 2007 selepas Hamas mengambil alih kuasa di Gaza.
Sekatan itu juga telah menafikan hak 1.8 juta penduduk Gaza seperti kebebasan bergerak, mendapatkan pekerjaan, penjagaan kesihatan serta pendidikan.
Pegawai dari Kementerian Pertahanan itu yang tidak mahu namanya didedahkan berkata, kerja-kerja pembinaan dimulakan minggu lalu.
Agensi beri­ta Israel, Ynet turut melaporkan mengenai pembinaan berkenaan.
Sumber Israel itu mendedahkan regim Tel Aviv telah memper­untukkan dana sebanyak AS$160 juta (RM649 juta) untuk membina satu bahagian dinding halangan bawah tanah.
Laporan Ynet menyebut, tembok itu dibina di sepanjang 60 kilometer sempadan Gaza.
Menurut Israel, pembinaan itu bertujuan menyekat terowong merentas sempadan yang digunakan oleh penduduk Gaza untuk membawa barang-barang asas seperti makanan dan bahan pembinaan.
Mesir juga menyumbang kepada sekatan dengan menutup laluan ke Gaza melalui pintu sempadan Rafah.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/rejim-zionis-bina-tembok-bawah-tanah-1.380953#sthash.HUm8hl3i.dpuf

No comments:

Post a Comment