Jurucakap rasmi Hamas, Dr Sami Abu Zouhri (gambar) telah mengutuk kenyataan Presiden Pihak Berkuasa Palestin Mahmoud Abbas yang mendakwa Hamas menghantar 40 orang pejuang ke Mesir.
Abu Zouhri berkata dalam satu kenyataan akhbar pada hari Isnin, "Kenyataan Abbas itu tidak relevan dan merupakan satu provokasi pihak berkuasa Mesir ke atas Hamas."
Abu Zouhri mengira bahawa kata-kata ini tidak syak lagi satu penipuan dan tidak layak bagi seorang yang mengaku dirinya presiden kepada rakyat Palestin.
Abu Zouhri turut mengecam kesombongan Abbas dalam pertemuan antara pimpinan Fatah dan rejim Zionis di bawah slogan 'Kami ingin memenangi Israel di sisi kami'. Hal ini menjelaskan bahawa ini adalah salah satu bentuk kemerosotan politik dan negara yang dicapai oleh Abbas dan pimpinan gerakannya, Fatah.
Beliau menolak penerusan Presiden Abbas dalam satu rundingan dan Abbas berkata "Ia merupakan langkah individu dan ditolak oleh negara serta rakyat. Langkah untuk membebaskan tahanan juga adalah tidak boleh diterima kerana mereka ditahan untuk memelihara hak, dan tidak boleh dibebaskan."
Abbas berkata dalam ucapannya pada Mesyuarat Majlis Revolusi Fatah malam tadi: "Hamas telah mencampur tangan di Mesir dengan menghantar 40 pelampau untuk menjejaskan keselamatan serta kestabilan negara itu dan kami menolak tindakan tersebut."
Dalam konteks yang lain, Hamas menafikan apa yang diperkatakan oleh media Kementerian Dalam Negeri Mesir mengenai Angkatan Tentera Laut Mesir yang memusnahkan 6 bot kepunyaan Qassam ketika cuba menembusi perairan Mesir.
Hamas berkata dalam kenyataannya hari ini bahawa tuduhan-tuduhan tersebut adalah tidak masuk akal serta tidak berasas. Bijak pandai di Mesir harus menilai semula kedudukan mereka berikutan situasi yang berterusan ini bertujuan untuk menghasut rakyat Palestin termasuk beberapa siri pembohongan yang berlaku sebelum ini. Apa yang menyedihkan adalah ia melibatkan kenyataan rasmi Mesir.
Sumber: حزب الحرية و العدالة - الصفحة الرسمية
#mesirkini
#R4BIA
No comments:
Post a Comment