KEADAAN kereta yang merempuh tentera Israel di sebuah stesen bas di Tebing Barat. - Foto REUTERS |
BAITULMAQDIS: Seorang rakyat Palestin ditembak mati selepas merempuh tentera Israel di sebuah stesen bas di Tebing Barat, kata polis.
"Sebuah kereta rakyat Palestin merempuh dua anggota tentera Israel yang berada di sebuah stesen bas. Pengganas itu ditumpaskan," kata polis.
Polis Israel kemudian mengesahkan suspek mati dan pihak tentera mengesahkan dua anggotanya cedera. - AFP
No comments:
Post a Comment