SUCRE 25 Nov. – Presiden Bolivia, Evo Morales mengisytiharkan Israel sebagai ‘negara pengganas’ susulan keganasan berterusan yang dilakukan rejim Yahudi di Genting Gaza.
Menurut Morales kepada akhbar Pagina Siete seperti yang dipetik USA Today, Bolivia menyenaraikan Israel sebagai negara kumpulan 3, yang memerlukan penduduk Yahudi Israel mendapatkan visa sekiranya ingin ke Bolivia.
“Dalam erti kata lain, Bolivia menganggap Israel sebagai negara pengganas.
“Israel tidak menghormati prinsip-prinsip penubuhan peruntukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Deklarasi Universal Hak Kemanusiaan,” kata Morales.
Morales pada 2009 memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel dan menyifatkan kekejaman rejim Yahudi itu terhadap penduduk Palestin sebagai satu tindakan penghapusan bangsa.
No comments:
Post a Comment