Tuesday 5 April 2016

Israel penjara ratusan budak


5 APRIL 2016

Israel penjara ratusan budak

 Israel penjara ratusan budak Tentera Zionis menangkap Ahmad Abu Sbitan, 11, di hadapan sekolahnya di Baitulmaqdis.
RAMALLAH - PALESTIN . Badan hak asasi manusia Palestin memberitahu sekurang-kurangnya 241 kanak-kanak di bawah umur 18 tahun kini ditahan di penjara dan pusat tahanan Israel.

Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan dalam satu laporan melaporkan, 94 budak bawah umur yang dijatuhi hukuman atas pelbagai tuduhan dipenjarakan di Penjara Ofer berhampiran bandar Beitunia di Tebing Barat.

Laporan turut menyebut, dua daripada 22 tahanan Palestin berusia di bawah 16 tahun berada dalam keadaan kritikal selepas mereka ditembak dan ditangkap.

"Enam banduan bawah umur ditahan pihak berkuasa rejim Zionis di bawah tahanan pentadbiran. Beberapa yang lain juga ditahan di bawah tahanan sama selama lapan, 10 dan 11 tahun tanpa sebarang tuduhan yang dikenakan terhadap mereka," menurut laporan berkenaan.

Pertubuhan itu juga menegaskan bahawa pihak berkuasa Israel mengeluarkan denda terhadap banduan kecil di Penjara Ofer berjumlah AS22,474 (RM88,000) sepanjang bulan lalu. - Press TV

No comments:

Post a Comment