NABLUS 5 April - Tentera Israel dilaporkan merobohkan rumah milik keluarga tiga rakyat Palestin yang terbunuh selepas terlibat serangan di timur Baitulmaqdis pada dua bulan lalu, menurut sumber pasukan keselamatan Palestin dan tentera Israel.
Kesemua rumah milik Ahmed Najeh Ismaeel Naser, Muhammad Ahmed Kmail dan Ahmed Najeh Abu al-Roub yang terletak di Qabatiya, utara Tebing Barat itu berjaya dirobohkan pihak Israel dan berlaku pergaduhan ketika kerja meroboh itu dilakukan.
Sebelum ini,Israel mendakwa tiga lelaki Palestin menyerang pasukan tentera mereka berhampiran pintu masuk ke bandar lama Baitulmaqdis dengan menggunakan pisau, senapang dan bom paip. - AFP
No comments:
Post a Comment