Sunday, 10 April 2016

Sekat penempatan haram Israel


AFP - GAMBAR menunjukkan sebahagian penempatan haram Israel yang dibina di bandar Gilo di timur Baitulmuqaddis.


PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), Amerika Syarikat – Pa­lestin akan mengemukakan draf resolusi kepada PBB bagi mengekang tindakan Israel yang semakin memperluaskan penempatan haram di Tebing Barat dan timur Baitulmuqaddis, kata duta Palestin kelmarin.
Sebelum ini, Majlis Kese­lamatan PBB gagal meluluskan satu resolusi pada tahun 2011 apabila Amerika Syarikat menggunakan kuasa veto menghalang badan itu daripada melabelkan tindakan Israel berkenaan sebagai suatu yang salah dari segi undang-undang.
Duta Palestin, Riyad Mansour berkata, resolusi itu akan menjelaskan kedudukan Majlis Keselamatan dalam isu penempatan haram Israel sejajar dengan pengiktirafan PBB terhadap negara Palestin.
Beberapa duta Majlis Keselamatan PBB mengutuk penempatan Israel yang dianggap haram atau tidak sah di sisi undang-undang dan menjadi penghalang kepada perdamaian.
“Kami berpendapat adalah menjadi tanggungjawab Majlis Keselamatan untuk mengambil tindakan menghentikan aktiviti pe­nempatan haram itu,” kata Riyad.
Sementara itu, Duta Israel, Danny Danon tidak bersetuju dengan cada­ngan resolusi itu sebalik­nya menganggap ia merupakan satu percubaan untuk menipu masyarakat dunia tanpa sebarang penyele­saian mengatasi konflik yang berlaku.
Bagaimanapun, run­dingan mengenai draf resolusi itu masih dilakukan dengan beberapa negara Arab dan Mesir sebagai anggota Majlis Keselamatan akan mengetuai draf itu untuk dibentang serta diundi. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0410&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz45QZGBjBt 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment