JUMAAT, 15 OGOS 2014 @ 4:59 AM
Oleh Mior Kamarul Shahid
Sebarang gerakan untuk bertindak drastik terhadap Israel sering menghadapi rintangan. Ia akan cuba dipatahkan, sekali gus menggambarkan bahawa ada pihak cuba bertindak membela kezaliman, keganasan dan jenayah rejim Zionis itu.
Kumpulan ini sama ada negara berkuasa, organisasi, syarikat berkepentingan atau individu yang memberi pendapat masing-masing untuk mempengaruhi pemikiran rakyat dengan motif membela Israel. Amerika Syarikat (AS), umpamanya, secara terang-terang menyokong apa jua tindakan Israel terhadap Palestin dan menolak apa juga pandangan yang bertentangan dengan sikap negara itu.
Pendirian AS menyebabkan ada negara yang bertukar haluan daripada mengutuk kepada menyokong perjuangan Israel di Palestin. AS tidak boleh menyalahkan pandangan negara lain di dunia yang mengatakan ia adalah sekutu Israel paling intim. AS juga tidak boleh menyalahkan pandangan bahawa negara kuasa besar dunia itu mengambil sikap memihak, berat sebelah dan mengabaikan kepentingan hak asasi manusia.
Israel mencemari undang-undang sejagat, undang-undang antarabangsa, malah perjanjian yang dipersetujuinya sendiri dengan melanggar gencatan senjata di Gaza dan menjadikan orang awam sebagai mangsa. Ia berani melakukan semua itu kerana tahu banyak negara berbelah bahagi dan tidak bersatu terhadap isu pendudukannya di Palestin. Walaupun tahu banyak negara menentang tindakan buasnya, Israel juga tahu AS dan negara sekutunya memihak kepada Israel.
Tindakan perlu selari, sekata
Akibat marah dengan perbuatan Israel dan sedar tiada jalan lain yang boleh mengajar rejim Zionis itu, rakyat Malaysia bertindak mengadakan kempen memboikot barang yang dikatakan ada kaitan dengan Israel. Setakat ini, produk paling ketara yang dijadikan sasaran ialah restoran McDonald's.
Ada yang berpendapat, mengapa harus memboikot satu produk saja sedangkan ia tidak boleh pun melumpuhkan ekonomi Israel. Yang lumpuh ialah pengusaha francais McDonald's, rakyat tempatan yang membekalkan bahan mentah seperti ayam dan sebagainya, selain pekerja McDonald's.
Sebaliknya, jika tidak dimulakan dengan satu produk, bagaimana boleh melaksanakan kempen yang lain. Apabila minyak sawit Malaysia disabotaj dan diboikot, kerajaan memberi tindak balas. Begitu juga mereka harapkan tindak balas segera dari Israel. Kempen memboikot keluaran Israel perlu dilaksanakan di seluruh dunia.
Setiap negara yang membenci keganasan dan jenayah dilakukan Israel sepatutnya berhenti mengimport barang keluarannya. Tindakan seperti ini perlu dilakukan selari dan sekata. Jika ada negara memberi pandangan berbeza, ia membantutkan usaha berkenaan. Selagi ada negara mengatakan ekonomi mereka juga akan terjejas jika Israel memboikot keluaran negara mereka pula, semua perkara tidak boleh dilakukan.
Jika rakyat Malaysia mahu memboikot McDonald's, mereka juga perlu memboikot semua keluaran Israel yang ada di negara ini. Seperti yang dijelaskan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, tindakan memboikot dengan menyasarkan satu produk tertentu bukan tindakan bijak. Ia menunjukkan kurang pengetahuan, selain memburukkan imej negara.
Kenyataan Shabery ini boleh disanggah jika alasannya McDonald's adalah langkah permulaan sebelum bertindak terhadap produk lain. Shabery terpaksa bercakap soal ini kerana beliau mewakili kerajaan yang mempunyai unsur diplomatik itu. Di mata dunia, tindakan rakyat Malaysia itu dilihat sebagai menggambarkan sikap Kerajaan Malaysia.
Kerajaan tidak perlu bimbang persepsi negara luar kerana Malaysia adalah negara menentang keganasan. Sokongan Malaysia terhadap isu Palestin adalah jelas. Disebabkan gerakan memboikot produk Israel datangnya daripada rakyat, maka rakyat perlu memikirkan cara terbaik melakukannya dengan berkesan.
Kerajaan tak perlu gusar
Jika Shabery berasakan tidak wajar memboikot hanya satu produk, bermakna apa juga produk Israel perlu diberi tindakan sama. Tetapi, ini tidak bermakna rakyat perlu mengumpul semua senarai barang keluaran negara itu baharu mahu bertindak. Dalam soal ini, isu marahkan nyamuk, kelambu dibakar tidak timbul kerana Israel perlu diajar. Malaysia mengambil inisiatif awal untuk mengajar Israel dan diharapkan banyak negara lain melakukan tindakan sama. Ini antara satu bentuk perjuangan - jangka pendek, sederhana dan panjang.
Kerajaan tidak perlu gusar kerana inisiatif itu datangnya daripada rakyat. Malaysia adalah negara yang mengamalkan sikap kesederhanaan. Justeru, setiap tindakan perlu berasaskan kepada wasatiyah. Tetapi, sikap ini hanya terpakai pada tahap tertentu. Jika Israel melakukan perbuatan melampaui batas kemanusiaan dan agama, sikap kesederhanaan sudah tidak relevan lagi.
Shabery juga berkata, jika benar mahu memboikot produk Israel atau AS, ia perlu dilaksanakan secara konsisten, bukan produk tertentu dan hari tertentu saja. Rakyat perlu menyambut teguran Shabery ini sebagai satu cabaran besar. Ini adalah satu lagi jihad yang perlu dilaksana, selain bantuan kemanusiaan yang diberikan kepada rakyat Palestin.

No comments:
Post a Comment