Monday, 18 August 2014

Tergendala masuk Rafah

Oleh Gaddafi Musli dan Miorazlan Mior Kamarulbaid

Ismailia (Mesir): Selepas hanya tiga anggota konvoi dibenarkan memasuki Gaza atas faktor keselamatan, misi menghantar bantuan itu tergendala lagi selepas mereka diarah bermalam di Arish, kira-kira 45 minit perjalanan dari Rafah.
Konvoi misi Kemanusiaan Malaysia ke Gaza yang membawa 12 tan barang bantuan dianggotai Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Duta Besar Malaysia di Mesir dan Palestin, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari dan Duta Besar Palestin di Malaysia, Dr Anwar Al-Agha terpaksa bermalam di Arish, berikutan pertempuran di sempadan berhampiran. 
Mereka yang menaiki kereta perisai tentera Mesir bersama lori kontena membawa barangan itu tiba di Arish kira-kira jam 5 petang semalam (10 malam waktu Malaysia) sebelum dimaklumkan pihak tentera bahawa berlaku insiden tembak menembak di sempadan. 

"Atas sebab keselamatan, mereka bermalam di Arish dan akan cuba masuk sekali lagi pagi esok," kata Timbalan Presiden KP1M Datuk Mohd Farid Hassan.
Foto
AZEEZ dan dua wakil misi menaiki kereta perisai untuk iringi barang bantuan ke Rafah.

Sebelum itu tentera Mesir hanya membenarkan tiga daripada 83 sukarelawan dengan membawa 12 tan bantuan melalui Utara Sinai untuk ke Rafah.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. 


Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/18

No comments:

Post a Comment