Kumpulan delegasi Palestin tiba di Kaherah untuk menyambung semula rundingan gencatan senjata. Foto: AFP |
GAZA - PALESTIN. Israel dan Palestin menyambung semula rundingan gencatan senjata bagi mendapat kesepakatan sebelum tamat senjata lima hari di Gaza pada tengah malam ini.
Mesir selaku perantaraan mengesyorkan kepada kedua-dua pihak supaya menerima gencatan senjata lima hari, iaitu lanjutan kepada tiga hari yang dipersetujui sebelum ini bagi memberi lebih banyak masa untuk perbincangan.
Difahamkan, rundingan itu juga berkaitan dengan tuntutan negara antarabangsa supaya kedua-dua kumpulan bertelagah itu menerima usul gencatan senjata kekal.
Sebelum ini, rundingan antara Israel dan Palestin gagal selepas beberapa permintaan ditolak antaranya permintaan membuka semula Lapangan Terbang Gaza dan pelabuhan serta tuntutan membebaskan tahanan sebagai pertukaran kepada mayat tentera Israel yang kini berada di Gaza.
Sementara itu, Israel masih belum mencapai keputusan mengenai inisiatif gencatan senjata kekal seperti dicadangkan.
Amerika Syarikat terdahulu dilaporkan bersetuju untuk berkhidmat sebagai penjamin bagi Israel.
Bagaimanapun, Menteri Komunikasi Israel Gilad Erdan berkata, sejak rundingan berlangsung beberapa kali sebelum ini tiada perjanjian dapat dicapai dengan Hamas.
"Jika rundingan kali ini juga gagal adalah lebih baik tiada rundingan lanjutan selepas ini. Israel tidak akan menerima sebarang tuntutan yang boleh mengancam nyawa penduduk Israel," katanya.
Sementara itu, seorang delegasi Palestinm Azzam al-Ahmed berkata, Israel perlu menerima tuntutan Hamas kerana peperangan ini sudah terlalu lama buat rakyat Palestin hingga ribuan terbunuh dan banyak harta benda musnah.
"Palestin harus bangkit membina semula penempatan dan pusat komersial. Sekatan dan kepungan ini harus ditamatkan segera bagi membebaskan rakyat Palestin," katanya dalam laporan Agensi.

No comments:
Post a Comment