ANGGOTA misi kemanusiaan Malaysia ke Gaza, Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dan Pengerusi Biro Kebajikan UMNO merangkap ketua misi, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Duta Besar Malaysia ke Kaherah, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari (kiri). |
QANTARA: Tiga anggota Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) ke Gaza terpaksa bermalam di Al Arish selepas berlaku insiden tembakan di sempadan Rafah sebentar tadi.
Al Arish terletak 40 kilometer dari sempadan Rafah yang memisahkan Gaza dan Mesir.
Tiga anggota misi itu ialah Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dan Pengerusi Biro Kebajikan UMNO merangkap ketua misi, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim; Duta Besar Malaysia ke Kaherah, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari dan Duta Palestin ke Malaysia, Dr Anwar Al Agha.
Terdahulu, pihak tentera Mesir hanya membenarkan mereka bertiga meneruskan perjalanan ke sempadan Rafah.
Manakala 78 sukarelawan lain termasuk anggota Mercy Malaysia, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan wakil media tidak dibenarkan berbuat demikian atas faktor keselamatan.
Ketiga-tiga mereka dibawa menyeberangi Terusan Suez sebelum meneruskan perjalanan dengan menaiki kereta perisai milik tentera Mesir pada 2.30 petang waktu tempatan (7.30 malam waktu Malaysia).
Misi itu merancang untuk mengagihkan bekalan makanan, ubat dan peralatan kepada rakyat Palestin di Gaza yang menjadi mangsa serangan sejak 8 Julai lalu yang meragut hampir 2,000 nyawa.
No comments:
Post a Comment