Sunday, 27 September 2015

Amnesty kecam Israel


27 SEPTEMBER 2015Amnesty kecam Israel
Amnesty kecam Israel Pihak berkuasa Israel mendakwa mereka telah membuka siasatan berhubung insiden pembunuhan ke atas Hadil. - Foto AFP

LONDON - BRITAIN. Pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International mengecam pembunuhan tidak berperikemanusiaan ke atas remaja Palestin yang ditembak mati tentera rejim Zionis dalam satu kejadian menggemparkan pada Selasa lalu.

Amnesty turut menyifatkan kejadian yang menimpa Hadil Salah Hashlamoun, 18, adalah satu 'hukuman di luar bidang kuasa undang-undang' dan merupakan perbuatan jenayah di bawah undang-undang antarabangsa.

Rakaman video dikeluarkan PalMedia menunjukkan tentera Israel dan sekumpulan pendatang Yahudi hanya ketawa melihat Hadil yang terbaring dalam keadaan berlumuran darah selepas mangsa ditembak di pusat pemeriksaan di Hebron.

Tentera rejim Zionis mendakwa kononnya mereka bertindak demikian kerana Hadil dipercayai memiliki pisau dan turut mengancam keselamatan anggota yang bertugas di pusat pemeriksaan tersebut.  

"Dakwaan itu bertentangan dengan kenyataan dua saksi dan bukti bergambar yang diberikan kepada kami. Tentera rejim Zionis juga sengaja tidak memberikan bantuan perubatan segera kepada mangsa.

"Hadil akhirnya meninggal dunia di hospital kerana kegagalan organ akibat ditembak beberapa kali," kata jurucakapnya.

Insiden kekejaman terbaharu rejim Zionis itu dilaporkan beberapa jam selepas penduduk Palestin, Diyaa Abdulhalim Talahmah, 21, ditembak mati dalam serbuan di kawasan sama. - Press TV

No comments:

Post a Comment