Baitulmaqdis: Israel membenarkan polis menembak orang Palestin yang membaling batu jika terdapat ancaman terhadap orang awam selain meletakkan hukuman minimum penjara empat tahun bagi kesalahan itu.
Dalam satu kenyataan pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata: “Kabinet Keselamatan memutuskan memberi kuasa kepada polis untuk menembak orang yang membaling batu dan molotov cocktail apabila mengancam nyawa pihak ketiga.
“Sebelum ini, polis hanya dibenarkan menembak jika nyawanya sendiri diancam.”
Ketika bercakap dalam mesyuarat kelmarin, Netanyahu menegaskan Kabinetnya mahukan perubahan, berikutan sebelum ini pembaling batu boleh membaling objek berbahaya tanpa sebarang halangan.
Dia memuji perkembangan itu dalam akaun Twitter selepas Kabinet sebulat suara bersetuju dengan langkah itu dan berkata: “Di Israel, objek pembunuh tidak boleh dibuang begitu sahaja dan tanpa pencegahan.”
Mulai sekarang, anggota IDF dan polis Israel dibenarkan menembak orang yang membaling batu menggunakan senapang jenis Ruger 0.22 jika merasa nyawa pihak ketiga ataupun diri sendiri terancam.
Keputusan itu akan diteruskan walaupun mendapat tentangan daripada Peguam Negara Yehuda Weinstein.
Perkara lain yang diluluskan termasuk penjara minimum empat tahun kepada pembaling batu, denda dan penjara kepada pesalah bawah umur berusia 14 hingga 18, pembatalan kebajikan serta penilaian semula subsidi yang dibayar kepada ibu bapa jika anak mereka yang berusia 12 hingga 14 tahun disabitkan kesalahan.
Netanyahu bertegas mahu melaksanakan perubahan undang-undang itu sejak lonjakan insiden membaling batu dan serangan bom api di Baitulmaqdis dan Tebing Barat. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 September 2015 @ 5:02 AM
ORANG ramai mengusung jenazah Ahmad Izzat Khatatbeh, 26, pada pengebumiannya di pekan Bet Forek berhampiran Nablus, Tebing Barat yang mati akibat ditembak tentera Israel, minggu lalu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/80217#sthash.tEIYifIu.dpuf
No comments:
Post a Comment