Briged Al-Qassam terus bersemangat melakukan serangan balas terhadap Israel. Foto: AP |
GAZA - Kematian tiga komander Briged Al-Qassam di Genting Gaza tidak seharusnya dilihat sebagai kemenangan Israel ke atas Hamas.
Kenyataan disiarkan akhbar harian Israel, Yedioth Ahronoth turut memberi amaran bahawa Hamas akan perhebat serangan bagi menuntut bela kerana kematian tiga komander itu dijadikan penyuntik semangat dalam menghadapi tentera rejim.
Penganalisis tentera Ron Ben-Yishai berkata, operasi Al-Qassam terhadap Israel tidak memberi kesan ketara terhadap alat ketenteraan mereka.
"Kematian komander Hamas tidak menjejaskan aset pertahanan mereka. Israel yang sepatutnya perlu lebih berwaspada terhadap serangan Al-Qassam kerana mereka mempunyai kepakaran strategi perang dan aset pertahanan yang lebih bagus.
Menurutnya, Al-Qasam mempunyai ramai pengganti komander yang berkaliber dan perkara itu tidak menjadi masalah buat briged tersebut.
"Pada 2009, pemimpin Al-Qassam, Ahmed Al-Jaabary terbunuh, bagaimanapun mereka melantik pengganti baharu serta-merta dan meneruskan peperangan sehingga akhir operasi.
Sementara itu, Menteri Luar Israel Avigdor Liberman berkata, serangan di Gaza harus berakhir dengan ‘Hamas mengibarkan bendera putih’.
"Kerajaan hanya perlu menyatakan Operasi Perlindungan Sempadan memenuhi matlamat dan Hamas dapat dikalahkan hingga membawanya kepada penyerahan kawasan di Gaza ke atas Israel,” katanya.
Menurutnya jika ia tidak dipenuhi maka operasi ketenteraan di Gaza tetap diteruskan hingga Hamas menyerah kalah.
Sementara itu, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berpendapat, kenyataan itu sekadar usaha Israel untuk melemahkan pihaknya.
"Apa jua kecaman dan provokasi mereka terhadap kegagalan rundingan gencatan senjata dan serangan adalah helah kerana mereka sudah kehabisan cara untuk menakluki tanah penduduk Palestin.
" Desakan untuk memaksa kami mengibarkan bendera putih bukanlah ditujukan buat kami. Ia adalah untuk diri mereka sendiri kerana jelas mereka sudah gagal sepanjang operasi ini," katanya.- Agensi

No comments:
Post a Comment