GAZA 25 Dis. - Tentera Israel menembak seorang anggota tentera Hamas dalam pertempuran yang meletus di sepanjang sempadan Semenanjung Gaza dengan Israel, semalam.
Tentera dalam satu kenyataan berkata, sebuah pusat pemeriksaan Israel telah diserang oleh penembak tepat di selatan Gaza menyebabkan tentera Israel membalas tembakan dari darat dan udara.
Sumber Hamas berkata, lelaki yang terkorban dikenali sebagai Tayseer Amairi, seorang anggota unit pemantauan sayap di Semenanjung Gaza. Sementara itu, seorang anggota tentera Israel mengalami kecederaan dan telah diterbangkan ke hospital dan kini berada dalam keadaan kritikal.
Jumaat lalu, Israel mengebom sebuah pangkalan tentera Hamas di Semanjung Gaza sebagai membalas serangan roket yang dilancarkan Hamas awal pagi hari yang sama.
"Serangan ini merupakan serangan kedua dalam minggu ini dan merupakan serangan terang-terangan terhadap Israel dan kami tidak akan teragak-agak untuk bertindak balas terhadap sebarang percubaan yang membahayakan tentera Israel," kata jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Peter Lerner dalam satu kenyataan. - REUTERS
No comments:
Post a Comment