Saturday, 16 August 2014

Malaysia di hati Gaza


Kaherah (Mesir): "Saya sayang Malaysia. Saya hormati pengorbanan Malaysia."
Itulah luahan hati pemuda Palestin yang sukar untuk berkata-kata berikutan wajah yang berubah cacat akibat serangan senjata kimia rejim Zionis.
Di sebalik kecederaan parah di muka yang turut mengakibatkan mata kanannya buta, Gaza Mohdi, 24, masih cuba melemparkan senyuman apabila diberitahu rombongan Misi Kemanusiaan Malaysia ke Gaza diketuai Presiden Kelab Putera 1Malaysia melawatnya, di Hospital Institut Nasser, di sini, malam tadi.

Ahmed kemudiannya membuka kata yang diterjemahkan dari bahasa Arab ke Melayu oleh Pengarah Jabatan Agama FELDA, ustaz Hasanuddin Mohd Yunus.
Foto
AHMED masih bersemangat untuk berbicara meskipun melecur teruk di muka. FOTO Miorazlan Mior Kamarulbaid

Kata Ahmed, kejadian ketika dia bersama empat rakan karibnya dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat Asar di Gaza City.

Menurutnya, ketika itu, senjata yang menggunakan alat kawalan jauh rejim Zionis melepaskan roket ke arah masjid dan letupan itu mengorbankan empat sahabatnya dan empat penduduk lain manakala dia melecur di muka.

"Saya mendoakan semua rakyat Malaysia bahagia. Kita semua adalah satu masyarakat yang dicipta oleh Allah SWT dan kita semua menuju kepada-Nya," katanya.

Difahamkan, Ahmed akan menjalani pembedahan dalam masa terdekat untuk memulihkan sebahagian daripada struktur wajahnya.

Sementara itu, sukarelawan misi sedang melakukan persiapan akhir untuk bergerak ke sempadan Rafah kira-kira 2 pagi (7 pagi waktu Malaysia), 16 Ogos.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/16

No comments:

Post a Comment