Saturday 16 August 2014

Impian tak tercapai



Kaherah (Mesir): Kisah tragis yang menimpa pemuda Palestin dari Gaza, Hassan Muhani, 25, pasti membuatkan hati sebak mengenangkan suratan hidupnya.

Bakal menamatkan pengajian Sarjana Muda Jurusan Pentadbiran di Universiti Gaza, dia menyimpan cita-cita untuk membina kehidupan yang lebih baik buat isteri dan anak kecil berusia dua tahun dengan menjadi usahawan buah-buahan.


Di sebalik cengkaman kuku besi Zionis di tanah kelahirannya, impian untuk menggenggam ijazah tidak pernah luntur.



“Bagi Hassan, tanpa pendidikan sukar untuk dia memberi kehidupan lebih selesa kepada keluarga, khususnya kepada anak kecil,” kata abang Hassan, Husam Muhani, 34, yang setia menemani adiknya di Hospital Al-Hilal, di sini.


Namun segalanya berubah dua minggu lalu apabila dia terkena serpihan peluru berpandu rejim Zionis Israel di bahagian belakang badan ketika dalam perjalanan ke rumah yang terletak di Bandar Gaza.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/16

No comments:

Post a Comment