- Pemuda Pas Bukit Tunggal menjahit sendiri bendera Palestin gergasi yang dikibarkan di bulatan Batu Enam sebagai tanda prihatin nasib rakyat Palestin di Gaza.
KUALA NERUS – Jauhnya mungkin ribuan kilometer. Namun jarak bukanlah penghalang bagi rakyat di negara ini termasuk di Terengganu untuk berdiri teguh menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin yang ditindas rejim Zionis.
Atas kesedaran itu jugalah sekumpulan anak muda yang terdiri daripada ahli Pemuda Pas Bukit Tunggal bergotong-royong memasang bendera Palestin gergasi di tengah-tengah bulatan Batu Enam, di sini.
Lebih menarik lagi, bendera bersaiz 20x15 meter itu dijahit sendiri oleh kumpulan anak muda berkenaan dengan mengambil masa kira-kira empat hari untuk siap sepenuhnya.
Menurut Timbalan Ketua Pemuda Pas Dun Bukit Tunggal, Zulkarami Salleh, meskipun tinggal jauh daripada negara yang dizalimi Israel itu, namun ia bukan halangan untuk semua umat Islam menunjukkan keprihatinan terhadap rakyat di Gaza.
“Kita mempunyai pelbagai cara untuk menyokong Palestin, di mana untuk kita pergi dan berjuang di negara berkenaan mungkin agak mustahil, tapi dengan cara menyokong sebeginilah dapat membuktikan bahawa rakyat di Gaza tidak bersendiri.
“Malah aktiviti memasang bendera ini bukanlah kali pertama kita buat, sebaliknya tahun lalu juga turut melakukan aktiviti yang sama ketika hak dan kebebasan rakyat Palestin dicabuli Israel,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, bendera yang dipasang itu juga hasil sumbangan orang ramai yang turut sama menderma bagi membeli kain untuk dibuat bendera bersaiz gergasi itu.

No comments:
Post a Comment