1 Oktober 2010 - Al-Khalil - anggota bersenjata Israel telah menangkap seorang hakim mahkamah di rumahnya di al-Khalil. Di samping itu, penduduk-penduduk yahudi telah menyerang seorang kanak-kanak dengan pukulan yang mencederakan.
Menurut laporan orang ramai, anggota bersenjata menyerbu rumah Jamal Abdul Majid Syadid di kampung Kharsa dan menggeledah barang-barang di dalamnya serta mengheret beliau ke pusat tahanan reman di Etzion.
Dalam situasi lain, sekumpulan penduduk penempatan Yahudi di Kiryat Arba timur al-Khalil telah menyerang Baha' Jaudat al-Ja'bari seorang kanak-kanak Palestin dengan pukulan yang mencederakan. Pukulan itu menyebabkan kecederaan di beberapa bahagian badan dan bengkak pada kedua-dua tangan, dada dan pinggangnya. Walaubagaimana kanak-kanak tersebut telah dikejarkan ke hospital untuk dirawat.

No comments:
Post a Comment