Serangan itu berlaku kira-kira lapan jam sebelum gencatan senjata sementara berakhir.
Mesir yang menjadi orang tengah untuk menamatkan keganasan Zionis di Gaza, memujuk kedua-dua pihak itu supaya melanjutkan gencatan senjata selama 24 jam untuk membolehkan lebih banyak rundingan diadakan.
Meskipun tiada laporan mengenai kecederaan baik di Israel mahupun Gaza, tidak dapat dipastikan sama ada rundingan di Mesir itu akan diteruskan.
Meskipun tiada laporan mengenai kecederaan baik di Israel mahupun Gaza, tidak dapat dipastikan sama ada rundingan di Mesir itu akan diteruskan.
PENDUDUK Palestin di Khan Younis, Gaza menunaikan solat senjata di celah runtuhan masjid yang musnah akibat serangan kejam rejim Zionis, semalam.
Tentera Israel mendakwa kumpulan pejuang Palestin menembak tiga roket ke wilayahnya, tetapi jatuh di kawasan terbuka berhampiran Beersheba, bandar di selatan Israel.
Jurucakap rejim Israel, Mark Regev ketika mengumumkan kejadian itu enggan memberitahu sama ada Israel akan menghentikan rundingan.
Setakat ini belum ada pihak mendakwa bertanggung jawab terhadap serangan berkenaan.
Serangan udara Israel itu dilakukan beberapa minit selepas Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengarahkan tentera berbuat demikian, kononnya sebagai tindak balas terhadap serangan yang didakwa itu.
Saksi dan pegawai keselamatan Palestin berkata, serangan itu disasarkan di kawasan terbuka di Beit Lahiya, Khan Younis dan di Rafah.
Jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri menuduh Israel cuba mensabotaj rundingan secara tidak langsung di Kaherah yang bertujuan untuk mewujudkan gencatan senjata jangka panjang.
“Kami tidak mempunyai maklumat mengenai sebarang serangan roket dari Gaza.
“Israel sengaja mengada-adakan cerita kerana mahu mensabotaj rundingan di Kaherah,” kata Sami.
Terdahulu, perunding Palestin dan Israel menyambung semula rundingan secara tidak langsung mereka selepas bersetuju kelmarin untuk melanjutkan gencatan senjata selama 24 jam lagi.
Rundingan itu bertujuan mencari jalan untuk mengadakan gencatan senjata jangka panjang selepas Israel melancarkan keganasan selama beberapa minggu hingga meragut lebih 2,000 nyawa, kebanyakannya orang awam.
Seramai 67 rakyat Israel mati, 64 daripadanya tentera.
Hamas berusaha menamatkan kepungan Israel-Mesir selama lapan tahun ke atas Gaza.
Usaha itu ditentang rejim Zionis yang berkeras menentang kewujudan Hamas yang dianggapnya pertubuhan pengganas. - Agensi
No comments:
Post a Comment