- Sekurang-kurangnya 50 rakyat Palestin cedera apabila Israel terus membedil bumi Gaza. - Foto ihsan AFP
KAHERAH - MESIR. Isteri dan anak perempuan Komander Tertinggi Sayap Tentera Hamas, Mohammed Deif dilaporkan terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas Gaza yang turut mengakibatkan 11 yang lain maut, lapor BBC.
Pegawai Hamas di Kaherah berkata, Israel memang mensasarkan pemimpin sayap tentera Hamas itu dalam serangan tersebut.
Israel pula mendakwa kira-kira 50 roket telah dilancarkan dari Gaza pada Selasa dan 20 lagi pada Rabu walaupun tiada kecederaan dilaporkan.
Persengketaan itu bersambung semula kira-kira sejam sebelum genjatan senjata sementara berakhir.
Usaha rundingan di Kaherah berakhir tanpa sebarang persetujuan selepas perunding Israel dipanggil balik.
Sehingga kini masih belum jelas sama ada Deif selamat dalam serangan malam Selasa itu atau tidak.

No comments:
Post a Comment